Skip to main content

SEJUTA BARAKAH RAMADAN: SENTUHAN KASIH MAHASISWA SANTUNI KOMUNITI ORANG ASLI GERIK

WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.19 2

GERIK, PERAK, 28 Februari 2026 - Program Sejuta Barakah Ramadan telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan komuniti Orang Asli sekitar Kampung Air Banun, Kampung Sungai Raba dan Kampung Pulau Tujuh, Gerik, Perak, bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026.

Program berteraskan kebajikan dan pengukuhan nilai kemasyarakatan ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) Pulau Pinang dan Dewan Belia Perak.

Selain itu, program ini turut memberi fokus kepada sumbangan barangan keperluan asas serta pelaksanaan aktiviti bersama penduduk Orang Asli sebagai usaha menyemarakkan semangat Ramadan dan memperkukuh hubungan silaturahim antara mahasiswa dan komuniti setempat.

WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.23 2 WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.23 3

WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.25 1 WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.25 2

asdscsdcsc ccsdcasdcas

Seramai 20 orang pelajar USM dan 10 orang perwakilan Dewan Belia Perak telah terlibat secara langsung dalam menjayakan keseluruhan program, sekali gus mencerminkan komitmen mahasiswa terhadap khidmat masyarakat dan pembangunan komuniti luar bandar.

Majlis perasmian Program Sejuta Barakah Ramadan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Yang Berhormat Dato’ Salbiah Mohamed.

Menurut Pengarah Program, Ihtisyam Muhammad Abdul Harzad, pelaksanaan program Sejuta Barakah Ramadan bukan sahaja bertujuan menyampaikan bantuan, malah menjadi medium pembelajaran bermakna kepada mahasiswa untuk memahami realiti kehidupan masyarakat Orang Asli sambil membina kepekaan sosial dan nilai empati dalam diri.

WhatsApp Image 2026 03 10 at 16.02.35 WhatsApp Image 2026 03 10 at 16.02.34 2

WhatsApp Image 2026 03 10 at 16.02.34 1 WhatsApp Image 2026 03 10 at 16.02.34

“Kerjasama erat antara pihak universiti, badan bukan kerajaan dan institusi belia negeri ini membuktikan bahawa sinergi pelbagai pihak mampu menghasilkan impak yang berkesan dan berpanjangan kepada komuniti setempat,” ujar beliau.

Menurut beliau lagi, Sejuta Barakah Ramadan bukan sahaja menjadi platform pengukuhan nilai kemanusiaan dan kerohanian, malah berperanan membentuk mahasiswa yang holistik, berjiwa sukarelawan dan peka terhadap realiti sosial masyarakat.

“Ianya adalah selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan berimpak dan berwawasan,” katanya.

Sepanjang program berlangsung, dua modul utama telah dilaksanakan iaitu Modul Kepimpinan, Kerohanian dan juga motivasi.

WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.29 2 WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.26 3

WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.25 1 WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.28 1

WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.26 1 WhatsApp Image 2026 03 10 at 14.57.26

Pada hari pertama, kedua-dua modul ini dijalankan pada waktu petang melalui pengisian kepimpinan dan kerohanian bersama kanak-kanak Orang Asli, sebelum diteruskan dengan slot motivasi dan aktiviti berbuka puasa serta penyampaian bantuan sumbangan asas sebagai usaha menyemai nilai keprihatinan sosial dan kebersamaan.

Pada hari kedua, para peserta meneruskan program ke Kampung Pulau Tujuh dengan menaiki bot bagi menjalankan aktiviti beramah mesra sambil menyuntik semangat belajar dikalangan anak-anak komuniti Orang Asli Kampung Pulau Tujuh di samping penyampaian bantuan sumbangan makanan asas kepada komuniti berkenaan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Penggawa Desasiswa Jaya Lembaran Utama, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Hasliza Mat Saad; Naib Yang di-Pertua HALUAN Pulau Pinang, Ustaz Abdul Rahhim Abdul Wahab; Tok Batin Kampung Sungai Raba RPS Banun, Askee Ali serta Timbalan Speaker 2 Dewan Belia Perak, Malik Syam bin Mohamed Latiff.

Teks: Nur Irsalina binti Khadafi (Naib Yang Dipertua 2 MPDJLU) / Foto: JKE Media & Digital JLU