Skip to main content

HWS 2015 - KEJAYAAN BERTURUT PIPIT HUTAN DIRAI

151231 Penghargaan Pipit Hutan384

Teks: Norafiza Osman (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

NIBONG TEBAL, 31 Disember 2015 – Lebih 200 peserta Kontinjen Pipit Hutan, Kampus Kejuruteraan dirai dalam Majlis Penghargaan Hari Warga Staf 2015 di Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia di sini semalam.

Majlis penghargaan tersebut diadakan bagi meraikan semua pihak yang terlibat termasuk jawatankuasa, ketua acara dan peserta yang telah bertungkus lumus dalam meraih kejayaan dua kali berturut-turut kontinjen sebagai juara keseluruhan HWS 2015 yang berlangsung pada 12 Disember 2015 di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam.

"Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat bagi Kontinjen Pipit Hutan kerana berjaya menjadi juara keseluruhan HWS 2015 pada tahun ini”, kata Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak.

"Ini membuktikan bahawa kita bukan lah jaguh kampung yang hanya berjaya di tempat sendiri malah dapat mengekalkan kejuaraan di IPPT”, tambah Zainal dalam ucapannya.

Katanya lagi, "saya berharap kita dapat mengekalkan lagi kemenangan ini pada tahun hadapan di Kampus Kesihatan”, katanya.

"Saya yakin, keupayaan kita mencipta kejayaan yang lebih baik dibawah pimpinan baru iaitu Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang telah dilantik sebagai Pengarah Kampus Kejuruteraan mulai 1 Januari 2016".

Turut diadakan dalam majlis tersebut adalah sesi penyampaian semula hadiah kepada para pemenang HWS 2015.

Lebih manis, majlis turut dikejutkan dengan sambutan majlis persaraan Timbalan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan, Tuan Haji Anuar Ibrahim yang mula bersara pada 4 Januari 2016.

Sebagai menghargai pengorbanan kontinjen, menu hidangan yang dimenangi oleh pasukan Master Chef disaji kepada semua yang hadir.

Hadir sama, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral, Profesor Dr. Hanafi Ismail, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Profesor Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Profesor Dr. Mohd Zulkifly Abdullah, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Profesor Dr. Mohd Zaid Abdullah.