PELAJAR USM BAWA PULANG RM6,000 DI OPEN IDEA AWARD 2016
KUALA LUMPUR, 13 April 2016 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) membawa pulang wang saguhati sebanyak RM3,000 dalam pertandingan Open Idea Award 2016 yang diadakan di SEA Ecobuild, Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut memenangi hadiah yang sama iaitu pasukan daripada Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM, Kampus Induk.
Pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Keluli Struktur Malaysia (MSSA) dengan penajaan CIDB Malaysia, Bina Puri Holdings Bhd. dan Ann Yak Siong Hardware Sdn. Bhd.
Matlamat utama pertandingan diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar seni bina dan kejuruteraan struktur di Malaysia untuk bekerjasama dalam merekabentuk bangunan yang menggunakan keluli sebagai bahan struktur dan kemasan utama.
Menurut Penyelia Projek, Profesor Madya Dr. Fatimah De’nan berkata pertandingan yang dianjurkan bersempena dengan Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia’s International Construction Week 2016 ini, dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa dan merapatkan jurang antara pengajaran seni bina dan kejuruteraan struktur.
“Saya yakin, pertandingan seperti ini dapat membuka minda pelajar dalam merealisasikan projek yang memerlukan kerjasama dan perundingan dalam pasukan masing-masing”, katanya.
“Secara tidak langsung, pelajar dapat memahami bahawa merekabentuk sesuatu bangunan tidak hanya terletak di bawah bidang kuasa arkitek atau jurutera secara individu sahaja tetapi kerjasama antara kedua-duanya dalam mencapai tahap rekabentuk sesuatu bangunan yang memuaskan”, tambah Pensyarah, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam itu.
Sebanyak 17 universiti daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pertandingan pada kali ini dengan tema “Merekabentuk Iconic Tower In Steel (IT’S)”
Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya menggondol dua kemenangan di tempat pertama dan ketiga, masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 manakala tempat kedua dimenangi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebanyak RM7,000.
Turut hadir semasa majlis penganugerahan ini adalah Dekan, Pusat Pengajian Perumahan dan Perancangan, Profesor Dr. Aldrin Abdullah.
SENARAI PEMENANG USM:
Hadiah Saguhati
A) KOD 10015
1. NAJWA HARZANI EZUMI HARZANI
2. MUHAMMAD IKHWAN MOHD ARIPIN
3. MOHAMMAD FIRAS AZMI
4. NUR IZZATI ISMADI
5. ONG ZHI JIA
6. NURUL JULIYANA DINAIL
B) KOD 10015
1. MOHAMAD YUSUF MISLAM
2. SITI FAIRUZ ZULKIFLY
3. NUR SYAFIQAH SAIFUL AZMI
4. ZAFIRA NUR EZZATI MUSTAFA
5. SHARVIN A/L M POOVANESHVARAN
6. NORAZILAH MOHAMED PAID
(Teks asal ditulis oleh MSSA Education Committe, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Madya Dr. Fatimah De’nan)
Teks di olah oleh Norafiza Osman / Foto Ihsan: Profesor Madya Dr. Fatimah De’nan