Skip to main content

KOSISWA USM KEJURUTERAAN NAIB JOHAN PERTANDINGAN AKHIR HI-PER @ PERINTIS USAHAWAN KOPERASI

HIPER AKHIR 7KUALA LUMPUR, 22 Mei 2017 - Koperasi Siswa (KOSISWA) USM Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan akhir Program High Performing Student Cooperatives (Hi-Per) @ Perintis Usahawan Koperasi.

Program ini merupakan anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Usahawan Negara (INSKEN) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan telah diadakan di Dewan Matrade di sini hari ini.
 
Pertandingan yang disertai oleh enam Koperasi Siswa dari seluruh negara ini turut mendapat sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang bersedia untuk membantu peserta program dalam memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
HIPER AKHIR 1Melalui penyertaan ini, produk keluaran KOSISWA USM, Brainy Moo Choco Drink berjaya membawa pulang wang tunai bernilai Ringgit Malaysia 70,000 berserta sijil dan pingat.
HIPER AKHIR 6 
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Dr Noor Zari Hamat berkata program realiti dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Teraju dan Institut Keusahawanan Negara (Inskens) itu telah berjaya mencungkil bakat keusahawanan pelajar melalui kreativiti dan inovasi.
 
Melalui program ini, setiap peserta dapat mempersiapkan diri masing-masing dalam menjadi pelapis kepada pemacuan ekonomi negara.
 
"Matrade akan memberi kerjasama dalam membantu mereka yang terlibat untuk pemasaran produk-produk yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat global," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peringkat akhir Perintis Usahawan Koperasi di sini hari ini. 
 
Senarai penuh pemenang:
 
ANUGERAH KHAS
(Produk Inovatif, Kreatif)
Kop. KV Kuching Bhd
Produk: EZ- PUMP
Hadiah : RM20,000.00
 
JOHAN
Kop. KV Temerloh Pahang Bhd 
Produk: Gazela
Hadiah: RM100,000.00
 
N.JOHAN
Kop. Siswa USM Kejuruteraan Nibong Tebal Bhd
Produk: Brainy Moo Choco Drink
Hadiah: RM70,000.00
 
KETIGA
Kop. KV (Pertanian) Teluk Intan Bhd
Produk: Bio Fert Agrimo
Hadiah: RM50,000.00
 
KEEMPAT
Kop. KV (ERT) Azizah Johor Bharu Bhd
Produk: Indigenous Fluid
Hadiah: RM10,000.00
 
KELIMA
Kop. KV Kuching Bhd
Produk: Ez-Pump
Hadiah: RM10,000.00
 
KEENAM
Kop. KV Batu Pahat Bhd
Produk: Flip Crab Table
Hadiah: RM10,000.00
 
Teks: Mohd Nur Badri Mohd Nazli & Siti Faizah Abd Halim / Foto: Mohd Nur Badri Mohd Nazli