Skip to main content

OPEN CHESS TOURNAMENT USMKKJ 2017 PUPUK BUDAYA KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

Open Chess Tournament USMKKJ 2017 1

NIBONG TEBAL, 29 April 2017 - Open Chess Tournament USMKKJ 2017 yang berlangsung di sini baru-baru ini adalah berlandaskan kepada usaha untuk memupuk budaya kecemerlangan individu dari segi akademik dan kokurikulum.


Pada masa yang sama, kejohonan ini juga memberi peluang kepada para peserta yang terlibat untuk menguasai kemahiran dalam permainan catur.

Seramai 133 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah diperingkat rendah dan menengah sekitar Nibong Tebal, Jawi dan negeri-negeri lain terlibat dalam menyertai  kejohonan yang menggunakan Sistem Swiss 7 babak ini.

Open Chess Tournament USMKKJ 2017 3Selain daripada itu, beberapa permainan lain seperti Chess Cina, Reversi dan Shogi turut disediakan kepada ibu bapa peserta sepanjang pertandingan anjuran Kelab Catur Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan (USMKKJ) ini berlangsung.

Malah,beberapa bakat baru dalam sukan catur turut ditemui dalam aktiviti tahunan yang diharapkan dapat memperkukuhkan ikatan dan hubungan antara warga USM dan penduduk sekitar ini.
Open Chess Tournament USMKKJ 2017 5 Turut sama memberi sokongan kepada pertandingan ini selain daripada kementerian pendidikan Malaysia adalah Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Kampus Kejuruteraan dan Dr. Derek Chan selaku Penasihat Kelab Catur USMKKJ.

Teks: SIti Faizah Abd Halim / Foto: Sumbangan Kelab Catur USMKKJ