Skip to main content

WAWASAN, PELUANG DAN CABARAN JURUTERA DI ENGINEERING LEADERSHIP PROGRAM

DSC 6835

NIBONG TEBAL, 21 April 2018 – Engineering Leadership Conference (ELC) yang diadakan di Dewan Auditorium, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menjadi satu medium kepada mereka yang hadir untuk meneroka dengan lebih dalam akan wawasan, peluang dan cabaran jurutera di Malaysia.

DSC 6839

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Prof Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa program seperti ini dapat menjadi satu penanda arasan kepada keupayaan memimpin para pelajar USM.

“Menganjurkan persidangan yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai organisasi serta pusat pengajian dari luar kampus bukanlah sesuatu yang mudah.

“Oleh yang demikian, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini yang dapat membuka mata semua pihak akan kemampuan para pelajar kita,” kata Azazi lagi.

DSC 6807

DSC 6850

Malah, menurut beliau, kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa pelajar Kampus Kejuruteraan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah, mereka juga kreatif dalam melahirkan idea dan mampu mengadakan persidangan berskala besar seperti ini.

ELC 2018 bertujuan untuk menyediakan platform yang kritikal, berdasarkan fakta, supaya peserta yang terlibat mendapat gambaran ke arah potensi industri sambil menyokong penuh akan keupayaan serta sumbangan besar bidang kejuruteraan dalam perkembangan pesat ekonomi negara Malaysia.

DSC 6893

DSC 6830

Perkara ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Ketua Projek, Low Jianyan yang juga merupakan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa di mana ianya adalah perkara yang mustahak bagi setiap jurutera untuk sentiasa bersedia dalam menambah baik nilai kejuruteraan mereka.

“Oleh kerana itu, melalui persidangan ini, ELC telah mengambil inisiatif dalam membawa secara langsung pakar dalam bidang masing-masing untuk membincangkan dengan lebih lanjut akan wawasan, peluang dan cabaran dalam bidang ini kepada semua yang hadir,” tambah Low.

DSC 7193

DSC 6919

Antara objektif lain ELC adalah untuk melebarkan lagi rangkaian perhubungan antara tenaga profesional muda, bertemu dan mewujudkan hubungan antara pegawai kerajaan dengan pihak industri, memberi inspirasi melalui perkongsian pengetahuan serta pengalaman dan meningkatkan pengetahuan akan industri melalui wacana intelektual.

ELC 2018 merangkumi empat buah sesi iaitu Enhancing Economic Growth through Industrial Development, The Role of MNCS in Building Domestic Capability, Creating Malaysia’s Local Champions in Global Arena dan Jump-Starting Vibrant Technology Start-ups Industry dimana setiap sesi akan dibentangkan oleh beberapa orang panel jemputan.

DSC 7200

DSC 6889

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman