Skip to main content

STEM 2019 BERI PENDEDAHAN AWAL DUNIA PENGAJIAN TINGGI KEPADA PELAJAR SEKOLAH

WhatsApp Image 2019 04 15 at 5.56.32 PM

KEPALA BATAS, 15 April 2019 - Program Science Technology Engineering Mathematics (STEM) yang diadakan pada hari ini berjaya memberi ruang dan peluang kepada pelajar sekolah untuk menerokai dunia pengajian tinggi melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Adnan bin Idris dalam ucapan beliau memberi galakan sepenuhnya akan pengajuran program ini yang jelas dapat memberi memberi pendedahan awal kepada pelajar terlibat mengenai STEM, dan Universiti Sains Malaysia (USM) secara amnya.

“Saya turut berharap program seperti ini akan dilaksanakan secara berterusan demi membina rangkaian hubungan yang lebih baik antara dan sekolah ini di masa akan datang,” kata Adnan.

“Disamping itu, kami sedang dalam perancangan untuk melakukan lawatan susulan ke Kampus Kejuruteraan USM terutamanya ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) dan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman sebenar dunia pengajian tinggi nanti,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2019 04 15 at 3.38.10 PM 1

WhatsApp Image 2019 04 15 at 3.38.12 PM

Melalui program yang diadakan selama setengah hari ini, pelajar diberi bimbingan dalam asas-asas pengatucaraan C dan turut didedahkan dengan beberapa pameran Projek Capstone oleh pelajar tahun akhir PPKEE.

Menurut Penyelaras program dan Pensyarah di PPKEE, Dr. Muhammad Ammirrul Atiqi Mohd Zainuri pula, program ini diharap akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak jaringan kerjasama antara universiti ini dan sekolah.

WhatsApp Image 2019 04 15 at 3.36.11 PM 1

WhatsApp Image 2019 04 15 at 3.36.11 PM

“Dengan kehadiran empat orang pensyarah dan seorang pegawai telah berjaya membimbing pelajar yang terlibat dan turut membuka mata mereka akan kursus-kursus yang ditawarkan oleh USM melalui bidang kejuruteraannya,” kata beliau.

“Malah, setelah melihat minat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini, kami sangat terbuka untuk menyambut baik cadangan tuan pengetua untuk menerima kehadiran pelajar sekolah ini ke Kampus Kejuruteraan USM di masa akan datang nanti,” tambah Ammirrul.

Seramai 75 pelajar aliran sains sekolah berkenaan dan 15 orang dari PPKEE telah menyertai program yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan IEEE dan SEE USM ini.