PROF. DATO’ ABDUL RAHMAN MOHAMED DILANTIK SEMULA SEBAGAI TNC PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PULAU PINANG, 22 Mei 2021 - Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed telah dilantik semula oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan dan Inovasi (P&I), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk tempoh dua tahun lagi, bermula 1 Mei 2021 hingga 30 April 2023.
Beliau yang pernah menyandang jawatan TNC Jaringan Industri dan Masyarakat USM, mula mengambil alih tugas TNC P&I pada 1 Mei 2018 dan sejak itu, telah membawa pelbagai transformasi dalam bidang penyelidikan, pembangunan inovasi dan pengkomersilan universiti.
Abdul Rahman, 57, yang juga Pengarah Sains@USM> (Sciences and Arts Innovation Space), memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM pada tahun 1993, yang mana beliau merupakan salah seorang pengasas Pusat Pengajian tersebut pada masa itu dan pernah menjadi Dekan.
USM juga telah menghasilkan terbitan SCOPUS terbanyak untuk Malaysia pada tahun 2020.
Terjemahan: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Infografik: Ebrahim Abdul Manan