Skip to main content

103 PELAJAR KEJURUTERAAN TERLIBAT PENGHANTARAN PELAJAR PULANG CUTI HUJUNG SEMESTER

DSC 4543

NIBONG TEBAL, 24 Julai 2021 – Seramai 103 orang pelajar dari Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telibat dalam Fasa 2 penghantaran pelajar pulang sempena cuti hujung semester hari ini.

Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria yang turut hadir dalam pelepasan tersebut mendoakan keselamatan pelajar yang pulang ke kampung halaman masing-masing dan menasihatkan mereka untuk terus mengekalkan kawalan kendiri walaupun sedang bercuti panjang. 

“Sila manfaatkan cuti kali ini dengan memperbaiki serta melatih kemahiran memimpin yang ada dalam diri masing-masing,” kata beliau. 

DSC 4538

DSC 4550

“Kelak, ia mungkin akan membuka kesempatan untuk anda menjadi pemimpin pelajar baharu sekembalinya anda ke kampus nanti. 

“Apatah lagi ianya akan bersamaan dengan proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dijangka diadakan pada bulan Oktober ini,” tambah Azazi. 

DSC 4579

DSC 4523

Tiga buah bas terlibat dalam fasa 2 ini di mana dua bas bergerak ke Zon Selatan dan sebuah lagi ke Zon Pantai Timur. 

Bagi pelajar dari Zon Utara pula, pelepasan dijadualkan pada 25 Julai 2021 manakala bagi pelajar dari Sabah dan Serawak, penghantaran dijalankan sepanjang minggu dan ia adalah bergantung kepada tarikh tempahan penerbangan masing-masing. 

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat juga perlu dipatuhi pelajar sebelum bertolak melalui semakan dokumen perjalanan oleh Nerve Centre untuk mengelak sebarang kesilapan dan setiap bagasi yang dibawa turut dinyahkuman oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP).

Teks: Siti faizah binti Abd Halim / Foto: Mat Noor Md Zain