Skip to main content

HOUSEHOLD NUTRITION MILK + DHA’ USM, INISIATIF STRATEGIK BAHARU PENGURUSAN TINGGI DEMI KEBAJIKAN STAF

DSC 4947

NIBONG TEBAL, 7 September 2021 - Program ‘Staff Household Nutrition Milk + DHA’ atau Bantuan Susu UHT Kepada Staf B40 adalah salah satu inisiatif strategik baharu USM bagi tahun 2021 yang diikhtiarkan oleh pengurusan tinggi demi kebajikan staf di bawah Talent Management and Wellbeing.

Inisiatif yang dipertanggungjawabkan di bawah penyelarasan Jabatan Pendaftar dan Pusat Sejahtera dengan bantuan beberapa PTJ lain ini merupakan program pertama seumpamanya yang dilaksanakan bagi menghargai staf dan anak-anak staf di USM.

Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria melalui ucapannya dalam satu majlis ringkas penyerahannya di sini hari ini berkata, tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan tabiat meminum susu dari awal usia secara berterusan dalam kalangan anak-anak staf.

“Seperti yang kita sedia maklum, susu merupakan makanan seimbang yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan untuk kesihatan optimum, yang dapat membantu proses tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak, sekaligus membolehkan mereka membesar dengan sihat dan kuat,” tambah beliau.

DSC 4936

DSC 4924

“Selain daripada itu, ia juga diharap akan meringankan beban kewangan staf dalam kategori B40 yang kurang berkemampuan serta mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah untuk menyediakan makanan tambahan susu berkhasiat + DHA bagi anak-anak mereka,” tambah Azazi.

2,343 orang staf dalam kategori B40 di kesemua kampus menerima sumbangan ini yang merangkumi 208 staf dari Kampus Kejuruteraan, 763 staf dari Kampus Induk, 388 staf dari Kampus Kesihatan, 821 staf dari Hospital USM, 821 staff dan 163 staf dari Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT).

Penyerahan susu ini akan dilakukan sebanyak empat (4) kali pada awal bulan Sept-Okt-Nov-Dis 2021 dengan setiap sekali serahan adalah sebanyak 24 kotak (satu karton) bagi setiap staf.

DSC 4922

DSC 4953

Selain Pengarah Kampus, majlis ini hanya melibatkan tiga orang ketua jabatan yang terdiri daripada Ketua Penolong Pendafta, Jabatan Pendaftar, Mohd Jalaludin Bin Azizan; Pegawai Perubatan dari Unit Kesihatan, Dr. Farhi Bin Abidin; Ketua Penolong Bendahari, Ismail Bin Jamaluddin; Wakil Kesatuan Kakitangan Am USM, Mohad Shukri Bin Zamri serta empat orang wakil penerima bagi memastikan pematuhan ketat kepada SOP yang telah ditetapkan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abd Rahman