PASUKAN USM MENANG TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN ROBOCON MALAYSIA 2021
NIBONG TEBAL, 28 September 2021 - Pasukan Robocon Universiti Sains Malaysia (USM) telah memenangi tempat ke-4 di dalam Pertandingan Robocon Malaysia 2021.
Diumumkan melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Television Malaysia (RTM1), Pasukan USM menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2000 beserta pingat dan trofi pertandingan.
Menurut pengurus pasukan, Dr. Anwar Hasni Abu Hassan, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan terutamanya berkaitan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ketat seperti kuarantin wajib peserta dan norma baharu pertandingan, pelajar-pelajar berjaya mengatasinya dalam menghasilkan robot yang berdaya saing serta berprestasi baik sepanjang ia berlangsung.
Robocon adalah pertandingan Robotik peringkat Asia-Pasifik anjuran Pertubuhan Penyiaran Asia (ABU) yang dipertandingkan sejak 2002.
USM pernah menjadi johan yang seterusnya mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di dalam pertandingan ini pada tahun 2019 dan tiada pasukan dihantar pada tahun 2020 kerana kekangan pandemik Covid-19.
Pasukan Robocon USM terdiri daripada 15 pelajar daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM).
Berikut adalah senarai peserta daripada pasukan Robocon USM:
1. Chuah Chun Khai (Tahun 1, PPKEE)
2. Kee Kang Yik (Tahun 1, PPKEE)
3. Teow Wei Seng (Tahun 1, PPKEE)
4. Eunice Fong Phaik Yin (Tahun2, PPKEE)
4. Goh Chan Chew (Tahun 2, PPKEE)
6. Kee Jiunn Liang (Tahun 2, PPKEE)
7. Lee Jian Sheng (Tahun 2, PPKEE)
8. Lee Sze Yuan (Tahun 2, PPKEE)
9. Lim Keng Yang (Tahun 2, PPKEE)
10. Ng Chun Poh (Tahun 2, PPKEE)
11. Ng Zi Jun (Tahun 2, PPKEE)
12. Tan Kai Lun (Tahun 2, PPKEE)
13. Too Jun Zheng (Tahun2, PPKEE)
14. Khairun Najwa Amir (Tahun 2, PPKBSM)
15. Yap Wei Juin (Tahun 2, PPKM)
Teks dan Foto: Ihsan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik