KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDAFTAR KAMPUS KEJURUTERAAN KE PEJABAT KESIHATAN SEBERANG PERAI SELATAN
NIBONG TEBAL, 16 November 2021 – Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan hari ini.
Menurut Ketua Penolong Pendaftarnya, Mohd Jalaludin Bin Azizan, kunjungan ini diadakan untuk menyampaikan ucapan penghargaan serta terima kasih atas komitmen yang telah diberikan oleh mereka sebagai petugas-petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bagi pihak Pengarah, Jabatan Pendaftar dan warga USM Kampus Kejuruteraan keseluruhannya, terima kasih saya ucapkan!
“Malah, kami amat menghargai jasa dan khidmat berterusan yang telah diberikan oleh Pejabat Kesihatan ini kepada kakitangan Kampus Kejuruteraan sepanjang pandemic/pandemik Covid-19 ini,” kata Jalaludin.
Pegawai Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan, Dr Chow Sze Loon semasa pertemuan melahirkan rasa besar hati beliau dan pihak pejabat kesihatan dalam menerima kunjungan ini.
Sze Loon turut mengucapkan terima kasih di atas perhargaan serta perhatian yang telah yang diberikan oleh Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan ini.
Selain daripada Encik Mohd Jalaludin bin Azizan, Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar yang hadir mewakili Pengarah Kampus, kunjungan ini turut disertai Puan Nurul Azfa Azizan, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pendaftar dari pihak USM dan Pegawai-pegawai kesihatan, Dr. Hj. Mazzan Md Issa@Mat Desa dan Dr. Harithulfadhli Agus Ab Rahman dari pihak Pejabat Kesihatan.
Teks: Siti Faizah binti Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman