Skip to main content

KEJAYAAN KKSSK ADALAH SATU INSPIRASI – TKM 1 PULAU PINANG

DSC 2087

NIBONG TEBAL, 22 November 2021 – Kejayaan serta pencapaian Koperasi Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSS) Pulau Pinang Berhad adalah satu contoh kejayaan yang boleh dijadikan inspirasi kepada koperasi-koperasi yang lain.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dalam sesi lawatan beliau ke COOP Mart Koperasi KKSSK, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

DSC 2061

DSC 2075

“Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa kita berkongsi matlamat yang sama dalam membantu ahli-ahli koperasi termasuklah dalam bentuk pinjaman kewangan walaupun kita sedia maklum bahawa itu bukanlah konsep kita di awal penubuhan dahulu,” kata beliau.

“Saya juga kagum akan kepimpinan Pengerusi Kelab, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria yang sangat tangkas mengemudi dan penuh dengan matlamat sehingga mampu meletakkannya ke tahap yang cemerlang seperti hari ini,” tambahnya.

DSC 2183

DSC 2194

Selain daripada itu, Zakiyuddin yang juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti Pulau Pinang juga berharap agar lawatan ini akan membuka peluang baharu untuk kita meninjau sebarang bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan, yang tidak terhad kepada kampus ini sahaja, malah, sesama koperasi yang lain juga di masa akan datang.

Bagi Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria pula, disebalik rasa berbesar hati dalam menerima kunjungan TKM 1 dan koperasi ke kampus kali ini memandangkan kejayaan yang diperolehi oleh KKSSK sejak mula didaftarkan pada tahun 2010 adalah hasil bantuan, dorongan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Malah, kami turut berterima kasih di atas setiap pinjaman kewangan mahupun pinjaman peralatan yang telah disalurkan kepada KKSSK dalam memastikan mutu serta kualiti perkhidmatan kami berada di tahap yang boleh dijadikan contoh seperti hari ini,” kata beliau.

DSC 2217

DSC 2221

“Ini termasuklah sokongan terbaharu yang telah diterima dari SKM Pulau Pinang pada tahun 2021 ini melalui bantuan geran berjumlah RM14,769 untuk pembelian sebuah mesin sejuk beku dan mesin pemecah ais yang telah ditempatkan di COOP Mart Koperasi KKSSK,” tambah Azazi.

DSC 2262

DSC 2274

“Apatah lagi, manfaat terbesar dibalik bantuan serta sokongan ini bukan sahaja terhad kepada ahli koperasi yang berjumlah 124 orang malah kepada pelajar kita juga yang menjadikan COOP Mart

milik KKSSK sebagai pusat sehenti dalam mendapatkan makanan serta barang keperluan harian memandangkan lokasinya yang strategik di dalam kampus,” kata beliau lagi.

Turut hadir di dalam sesi kunjungan ini adalah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang, Puan Norlelah Samsuddin.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman