Skip to main content

PESTA DURIAN KAMPUS KEJURUTERAAN, 500KG RAJA BUAH JADI TARIKAN

DSC 0136

NIBONG TEBAL, 1 Julai 2022 – Sebanyak 500 kilogram buah durian menjadi tarikan sempena Pesta Durian anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Alumni (BHEPA), Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan di Lantai Alam Kampus baru-baru ini.

Menurut Penolong Pendaftar Kanan BHEPA, Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, Kampus Kejuruteraan terpanggil untuk menganjurkan Pesta Durian ini bagi memberi peluang kepada staf dan pelajar dari pelbagai bangsa serta negeri untuk menikmati keenakan raja buah ini secara bersama.

Apatah lagi objektif utama BHEPA adalah untuk memastikan pelajar-pelajar kita sentiasa dalam keadaan gembira, selesa dan seronok sepanjang berada di dalam kampus.

DSC 0164

DSC 0245

DSC 0282

DSC 0294

Malah, pihak USM juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana sudi menjadi penaja untuk pesta kali ini.

Sebagai alumni USM YB Dato’ Othman tidak pernah jemu membantu USM dalam pelbagai usaha khususnya berkaitan pembangunan pelajar, sahsiah dan kemahiran dalam memastikan universiti ini dapat melahirkan graduan yang cemerlang dalam lapangan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman