Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TERIMA KASIH PROFESOR DATO’ DR. NOR AZAZI! – MPP KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 0196

NIBONG TEBAL, 10 April 2023 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kejuruteraan menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga mereka kepada Profesor Dato' Dr. Nor Azazi Zakaria ketika hadir dalam Majlis Sumbangan Bakti sempena persaraan beliau di sini hari ini.

Menurut mereka, ucapan terima kasih ini disampaikan di atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengarah Kampus Kejuruteraan, khususnya dalam membantu pembangunan dan pemerkasaan mahasiswa selama ini.

DSC 0264

DSC 0276

Selain daripada itu, pihak MPP, Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU) bersama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPA) Kampus Kejuruteraan SA22/23 turut menyampaikan saguhati kepada Profesor Dato’ Dr. Nor Azazi sebagai penghargaan dan kenang-kenangan.

Teks: Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim