Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TNC BHEPA RAI PELAJAR KAMPUS KEJURUTERAAN USM

WhatsApp_Image_2023-04-13_at_11.42.28_AM.jpg

NIBONG TEBAL, 13 April 2023 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Azlinda Azman, hadir dan meraikan pelajar Kampus Kejuteraan dalam satu majlis iftar di Dewan Puma Kampus semalam.

Majlis ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Profesor Azlina dalam majlis tersebut turut menyampaikan amanat supaya pelajar berusaha dan mengambil peluang sebagai pelajar untuk meningkatkan keupayaan serta bakat diri masing-masing semasa berada di kampus.

Majlis ini melibatkan para pelajar dari kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (JLU) dan Pembimbing Pelajar Siswa Lestari Kampus Kejuruteraan.

Antara objektif majlis adalah untuk mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan pelajar dan pegawai-pegawai universiti di samping memberi semangat serta kegembiraan bagi meraikan ramadan yang mulia ini.

Turut hadir adalah Ketua Penolong Pendaftar BHEPA, Cik Jelfariny Mohd Jelahni, Ketua Unit BHEPA Kampus Kejuruteraan, Encik Mohd Hafiz Ali, Penggawa Desasiswa JLU, Encik Mazlifendirizan Md Rejab, Pengarah Pusat Pembangunan Hebat, Encik Hazlan Abdul Hamid dan Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni, Puan Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal.

Teks dan Foto: Mohd Hafiz Ali

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim