Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

RAMADAN BUKAN PENGHALANG MAHASISWA PUPUK GAYA HIDUP SIHAT

WhatsApp Image 2023 04 15 at 1.45.58 PMNIBONG TEBAL, 15 April 2023 - Riadah Ramadan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan pada bulan Ramadan bukan penghalang kepada mahasiswa serta mahasiswi untuk terus memupuk gaya hidup sihat.

Program yang merupakan salah satu daripada acara tahunan kampus ini berlangsung di Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan USM dan diadakan sejurus selepas masing-masing selesai mengerjakan solat tarawih.

Dikelolakan oleh Gabungan Anak Pulau Pinang dan Kelab Rekreasi Universiti Kampus Kejuruteraan, Riadah Ramadan turut dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kejuruteraan.

Antara sukan yang diadakan pada program yang bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan pelajar sambil melatih mereka ini adalah seperti Badminton, Sepak Takraw dan Sepak Penalti.

WhatsApp Image 2023 04 15 at 1.45.56 PM

Selain daripada menerima penyertaan dari kalangan staf, program ini juga membuka peluang kepada sekretariat dari kalangan pelajar untuk menjadi urusetia dalam setiap acara yang telah dipertandingkan.

Teks dan Foto: Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim