Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

BERBAHANG RAYA KAMPUS KEJURUTERAAN USM BERSAMA NAIB CANSELOR

DSC01647

NIBONG TEBAL, 15 Mei 2023 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampus Kejuruteraan yang diadakan di Dewan Utama hari ini meriah dengan kehadiran warganya yang terdiri daripada bukan sahaja kakitangan tetapi juga para pelajar.

Lebih manis lagi apabila majlis yang bertemakan “Bahang Raya Engineering” ini diserikan dengan kehadiran Naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Beliau ketika diminta mengulas akan penganjuran majlis ini berkata ianya adalah satu situasi yang positif dalam melihat kehadiran ramai pelajar terutamanya dari kalangan pelajar antabangsa yang jelas menunjukkan komitmen mereka untuk terlibat dalam program anjuran kampus.

DSC 4385

DSC 4400

“Saya ingin melihat lebih banyak penglibatan secara langsung pelajar dalam program-program anjuran kampus seperti ini selain daripada hadir sebagai tetamu sahaja.

“Apatah lagi dengan kelebihan pelajar-pelajar kita dari segi bakat yang sangat diakui dan tidak boleh dipertikaikan lagi selama ini,” tambah beliau.

“Buka peluang kepada mereka ini untuk menjadi sebahagian daripada acara termasuklah dari segi persembahan.

“Selain daripada itu, saya juga berharap agar diperluaskan lagi jemputan program kepada pihak-pihak berkepentingan atau stakeholders serta partners kampus demi mengukuhkan rangkaian hubungan antara mereka dan USM.

DSC 4380

DSC01647

                 coolage

“Kampus Kejuruteraan perlu terus mempromosikan bakat-bakat yang kita ada terutamanya kepada pihak industri!” kata Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman lagi.

Pada masa yang sama, Pengerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampus Kejuruteraan 2023, Profesor Dr. Farzad Ismail pula mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengajuran program kali ini.

“Sebarang maklumbalas yang diterima melalui penganjuran hari ini akan kita jadikan sebagai input untuk kita memperbaiki segala segala kekurangan dan menjadikan acara ini lebih baik lagi di masa akan datang,” akhiri beliau yang merupakan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman