Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PELAJAR TAHUN 4 USM WAKILI NEGARA KE SUKAN SEA KEMBOJA

kamini sri

USM PULAU PINANG, 12 Mei 2023 – Pelajar tahun empat Universiti Sains Malaysia (USM), Kamini Sri A/P Segaran bakal mewakili negara ke Sukan SEA Kemboja yang berlangsung pada 5 hingga 17 Mei ini.

Kamini yang merupakan pelajar daripada Pusat Pengajian Pengurusan akan bertanding di dalam acara Judo bagi kategori bawah 57kg pada 14 Mei 2023.

Sukan SEA kali ini merupakan edisi yang ketiga disertai oleh beliau selain mempunyai pengalaman yang luas di peringkat kebangsaan.

Untuk rekod, Kamini telah merangkul pingat Gangsa untuk edisi Sukan SEA Vietnam 2021 terdahulu selain memenangi pingat Emas ketika mewakili Pulau Pinang pada Kejohanan Judo Senior Kebangsaan 2023 dan juga Emas SUKMA Perak 2018.

Seluruh warga USM memberikan sokongan penuh kepada Kamini untuk Sukan SEA pada tahun ini dan diharapkan beliau akan berjuang dengan sepenuh jiwa demi Jalur Gemilang di dada.

Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (pelajar intern MPRC)