Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

DIRGAHAYU D.Y.M.M TUANKU CANSELOR - WARGA USM

Tuanku

USM PULAU PINANG, 17 Mei 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini merafak sembah tahniah dan dirgahayu sempena Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis. Ampun Tuanku.

"Patik sekalian dan seluruh warga USM mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis panjang usia dalam kerahmatan Allah SWT," kata Naib Canselor sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang juga Canselor USM.

Tambah Abdul Rahman, USM sangat bertuah kerana mempunyai Canselor yang begitu prihatin terhadap perkembangan pendidikan tinggi di USM dan sentiasa memberi sokongan serta titah untuk memastikan agar USM teruskan agenda pemacuan kejayaan dan kecemerlangan sebagai sebuah universiti APEX dalam era pasca pandemik kini.

"Patik sekalian warga USM akan terus mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua terus bersama-sama patik sekalian di USM dalam tempoh ini dan memerintah negeri Perlis Indera Kayangan yang aman dan damai selamanya," katanya. 

Dirgahayu Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Daulat Tuanku.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah