Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KAMPUS KEJURUTERAAN TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI EAC

frame last

NIBONG TEBAL, 14 Jun 2023 – Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia menerima kunjungan delegasi panel Engineering Accreditation Council (EAC) pada 14 dan 15 Jun 2023.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk pengauditan program-program akademik yang ditawarkan oleh pusat pengajian. Delegasi ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ir Hasril Hasini.

BeFunky collage 4

BeFunky collage 5

Antara pusat pengajian yang terlibat ialah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang melibatkan keseluruhan 7 program akademik.

Menurut Pengarah Pusat SWA-Akreditasi, Profesor Dr. Azura Rashid, pengiktirafan oleh pihak EAC amat penting untuk memastikan program-program akademik yang ditawarkan oleh pusat-pusat pengajian menepati piawaian di samping mempunyai fasiliti dan persekitaran yang kondusif untuk kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

BeFunky collage 6

BeFunky collage 7

Terdahulu, kunjungan delegasi EAC ini disambut oleh Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran dan dalam ucapan beliau mengalu-alukan kedatangan semua ahli panel dan di samping menyampaikan taklimat perkembangan serta pencapaian semasa USM.

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman