Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM SERTAI KEJOHANAN DEBAT CINA INTERVARSITI ASIA PASIFIK KE-11, PELAJAR PPKEE DIJULANG PENDEBAT TERBAIK

361896861 318906287137199 6476870453251784 n

NIBONG TEBAL, 21 Julai 2023 - Unit Debat Persatuan Bahasa TiongHua, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), cipta pengalaman tersendiri apabila menyertai Kejohanan Debat Cina Intervarsiti Asia Pasifik ke-11, menyaksikan pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) dijulang sebagai pendebat terbaik.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Cina, Nanyang Technological University, Singapura dari 4 hingga 10 Julai 2023 yang lalu ini mengangkat Soo Seok Huey, pelajar PPKEE sebagai pendebat terbaik.

361933330 318906143803880 2657059800898530769 n

Menurut Penasihat Unit Debat Bahasa Tionghua, Kampus Kejuruteraan USM, Puan Khor Gek Suan, objektif kejohanan adalah untuk menggalakkan interaksi budaya dalam kalangan pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi.

“Selain daripada itu, ia juga menjadi medium dalam membuka serta memberi peluang kepada semua peserta untuk berkongsi pengetahuan dan pendapat mereka mengenai hal ehwal semasa,” tambah guru dari Pusat Bahasa, Literasi dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan ini. 

Selain Soo Seok Huey dan lim chia jing dari PPKEE, pelajar-pelajar USM yang terlibat dalam kejohanan ini adalah Wong Sze Min dan Kee Chen Jie dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Chin Mun Xue dan Dean Lau Sheng Ting yang mana masing-masing dari Pusat Pengajian Sains Komputer.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan Puan Khor Gek Suan