Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

HARI TAUTAN KASIH 2023 PERKUKUH SILATURAHIM STAF WANITA KAMPUS KEJURUTERAAN USM

DSC 0549

NIBONG TEBAL, 6 September 2023 – Hari Tautan Kasih 2023 anjuran Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA) Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi medium memperkukuh silaturahim dalam kalangan staf wanita kampus di sini hari ini.

Menurut Pengerusi HELWA Kampus Kejuruteraan, Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Hasmaliza Mohamad, ianya adalah bertepatan dengan objektif utama program supaya staf wanita di USM saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih akrab lagi khususnya antara Kampus Kejuruteraan dan Induk.

Selain daripada itu, beliau turut menyeru agar penganjuran program ini disambut baik oleh semua pihak memandangkan situasi harian masing-masing yang sering sibuk dengan tugasan di pejabat sehingga tiada kesempatan serta ruang untuk mengenali satu sama lain.

DSC 0555

DSC 0564

Pada masa yang sama, Hasmaliza turut menyampaikan ucapan daripada Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin yang menyatakan sokongan beliau akan fungsi serta sumbangan wanita dalam menggalas fungsi kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja dalam konteks kekeluargaan malah negara juga.

Tambah beliau, Pengarah Kampus turut menyatakan bahawa setiap komitmen, kesabaran dan kecekalan wanita khususnya kakitangan di USM dalam memainkan peranan sebagai seorang isteri, seorang ibu, dan seorang anak yang berjiwa besar jelas menjadi inspirasi kepada semua.

“Dari sudut pandang beliau, selaku seorang wanita kepada wanita yang lain, Profesor Datin Dr. Azlina amat berbangga dengan pencapaian kita hari ini yang mana semakin hari semakin ramai bilangannya dalam mencipta kejayaan pelbagai bidang.

DSC 0569 DSC 0576

DSC 0641 DSC 0665

DSC 0691 DSC 0711

“Lebih membanggakan beliau lagi, ianya bukan terhad di peringkat kampus USM sahaja tetapi di peringkat kebangsaan serta antarabangsa juga,” kata Hasmaliza.

Hari Tautan Kasih 2023 yang menghimpunkan seramai lebih kurang 140 orang staf wanita di Kampus Kejuruteraan USM menampilkan persembahan nyanyian daripada kumpulan Az-Zahra, aktiviti Jalinan Kasih, aktiviti cabutan bertuah, serta jualan amal HELWA.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Siti Nur Aishah Adzhar (Pelajar Praktikal USM)