Skip to main content

DELEGASI YANGTZE NORMAL UNIVERSITY, CHINA TIBA DI KAMPUS KEJURUTERAAN USM, BINCANG HALA TUJU PROGRAM MOBILITI USM-YZNU 4+0

DSC 6513

NIBONG TEBAL, 22 September 2023 – Delegasi Yangtze Normal University (YZNU), China tiba di Pusat Pengajian Kejuruteran Awam (PPKA) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini dalam membincangkan hala tuju Program Mobiliti USM-YZNU 4+0.

Menurut pencetus kepada program yang dilaksanakan sejak 2019 ini, Profesor Dato' Dr. Ahmad Farhan Bin Mohd Sadullah, ianya dilaksanakan untuk membuka peluang kepada student YZNU dalam merasai sendiri pengalaman belajar berasaskan kepada sistem pendidikan USM.

“Ianya adalah sebuah program mobiliti yang dikhususkan kepada pelajar YZNU menggunakan silibus pembelajaran kita di USM,” kata Profesor Dato’ Dr. Ahmad Farhan yang merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ketika ianya mula dilaksanakan pada masa itu.

DSC 6533

DSC 6536

“Program ini akan mewujudkan pengiktirafan dua hala antara USM dan YZNU secara langsung.

“Melalui program ini, sistem pembelajaran USM akan diperakui oleh YZN dan pada masa yang sama kita menyediakan kepakaran bidang-bidang berkenaan sambil membantu penguasaan Bahasa Inggeris pelajar mereka sepanjang tempoh pengajian,” tambah beliau.

Naib Presiden YZNU, Profesor Dr. Xiang Xiaochuan berkata, pihak mereka sangat komited dengan kerjasama yang dijalankan dan pertemuan ini diadakan untuk kedua-dua belah pihak membincangkan hala tuju program dengan lebih lanjut secara bersemuka.

DSC 6543

DSC 6553

“Selain daripada itu, bagaimana program ini akan dilaksanakan pasca Covid-19 turut dibincangkan pada hari ini,” tambah beliau.

Sudah berada dalam tahun ke-4, Program Mobiliti USM-YZNU 4+0 kini mempunyai 426 orang pelajar dan kohort pertamanya akan bergraduasi pada sidang pengajian akan datang.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin, Koordinator Program Mobiliti USM-YZNU 4+0 PPKA USM, Dr. Nuridah Sabtu, Pengarah Pejabat Perhubungan Akademik YZNU, Profesor Dr. Xiong Zhengxian, Pengarah Pejabat Perhubungan International YZNU, Profesor Dr. Huang Dongmei, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam YZNU, Profesor Dr. Wang Shiji, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan YZNU, Profesor Dr. Zheng Wanjun, dan Timbalan Pengarah Pejabat Perhubungan Akademik YZNU, Profesor Dr. Tan Xing.