Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

WARGA USM DISERU JADI MODEL PERANAN MASYARAKAT BERLANDASKAN AGENDA APEX UNIVERSITI

DSC 6791

PULAU PINANG, 26 September 2023 – Hadir merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul Peringkat USM bagi tahun 1445H/2023M, Naib Canselornya, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini menyeru agar seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi role model berimpak tinggi kepada masyarakat berlandaskan kepada Agenda APEX universiti.

Menurut beliau, sejak penubuhannya, USM, melalui Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) telah berjaya menjadi contoh kepada agensi-agensi kerajaan yang lain dalam membantu masyarakat terutamanya dalam membasmi kemiskinan.

Pencapaian ini menurut beliau adalah penting kerana dalam Agenda APEX, kita bukan sekadar ingin menjadi model di dalam kampus semata-mata, tetapi juga ingin menjadi sebuah institusi berimpak tinggi kepada mereka di luar sana, khususnya yang benar-benar memerlukan bantuan.

DSC 6761 DSC 6782

DSC 6724 DSC 6852

“Tokoh Maal Hijrah tahun 2023, Dato’ Dr. Hj. Musa Ali bersama-sama 20 orang penerima Anugerah Khas Kecemerlangan Pusat Islam, dua orang penerima Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah (Sokongan), seorang penerima Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah (Pengurusan dan profesional), dua orang penerima Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah anugerah Maal Hijrah (Akademik), seorang penerima Anugerah Khas Maal Hijrah dan dua orang penerima Anugerah Tokoh Dakwah ini merupakan cerminan terbaik kepada nilai-nilai APEX universiti,” ulas beliau.

“Mereka dipilih, bukan sahaja berdasarkan kepada pencapaian hebat masing-masing di dalam USM, tetapi kerana telah berjaya menjadi wakil universiti dalam memberikan khidmat berkesan kepada masyarakat di luar sana,” kata beliau.

“Pencapaian ini menunjukkan bahawa peranan USM sebagai sebuah universiti itu bukan sekadar berpaksikan kepada sistemnya sahaja, namun turut disokong oleh individu-individu yang berkhidmat di dalamnya,” tambah Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman.

DSC 6873 DSC 6936 

DSC 6943 DSC 6948 

DSC 6973 DSC 6995

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Shukri Osman berkata, jabatan itu sentiasa menyokong saranan yang sering ditekankan oleh NC supaya aktiviti-aktivitinya berfokuskan kepada golongan sasaran dari kalangan B40.

“Salah satu daripadanya adalah melalui Pertandingan rekacipta Al Malik Square ‘Al Malik Khalid Mosque Multipurpose Open Structure’ tahun 2023 di mana projek multipurpose open structure ini kelak bakal memberi impak kepada golongan sasaran dengan cadangan perbelanjaan sebanyak RM2 juta,” kata beliau.

“Malah, projek yang dilancarkan oleh Naib canselor hari ini akan turut mengambil kira pencapaian penyelidikan terdahulu sebelum ia kemudiannya disasarkan kepada penyelidikan yang berfokuskan kepada golongan B40 ini, khasnya dari kalangan jemaah dan warga USM,” kata Shukri.

“Saya yakin, usaha, inovasi dan kreativiti ini bakal memenuhi sebahagian daripada matlamat ulung Pusat Islam dalam memartabatkan Masjid Al Malik Khalid sebagai masjid universiti berlandaskan kepada Agenda APEX USM,” tambah beliau.