Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PENDAFTAR USM TERIMA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 1444H

DSC 6995

USM PULAU PINANG, 26 September 2023 – Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Dato' Dr. Musa Ali telah diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1444H atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di USM.

Musa dalam ucapannya yang mewakili senarai penerima anugerah lain telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pemilih yang telah membuat penilaian.

“Saya percaya perasaan gembira ini juga dikongsi oleh semua penerima anugerah tentang peri pentingnya sokongan pasangan hidup, keluarga dan orang di sekeliling dalam mengatur langkah kita sepanjang hidup ini,” kata Musa.

DSC 7015

Musa bersama-sama dengan 20 orang penerima Anugerah Khas Kecemerlangan Pusat Islam, dua orang penerima Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah (Sokongan), seorang penerima Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah (Pengurusan dan Profesional), dua orang penerima Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah (Akademik), seorang penerima Anugerah Khas Maal Hijrah dan dua orang penerima Anugerah Tokoh Dakwah telah menerima anugerah masing-masing daripada Naib Canselor USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul 1445H peringkat Universiti yang diadakan pada petang ini di Dewan Palinggam Cahaya, Pusat Pengajian Seni, di sini.

Sambutan secara serentak Maal Hijrah dan Maulidur Rasul anjuran Pusat Islam USM pada tahun ini berlangsung dengan penuh kesederhanaan tetapi meriah telah membawa tema "Perpaduan Teras Malaysia Madani".

DSC 6724

DSC 6791

Berucap di majlis perasmian sambutan tersebut, Naib Canselor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima Anugerah Maal Hijrah dan Maulidur Rasul USM yang telah menaburkan khidmat bakti mereka kepada USM dan masyarakat.

Beliau turut berkata, “pemilihan tema pada tahun ini adalah bertepatan dengan Islam yang mengajak manusia untuk saling menghormati, mengambil peduli dan belas kasihan, bertoleransi, saling memaafkan dan menyeimbangi antara manusia dan alam.”

Tambah beliau, “saya menyeru agar seluruh warga USM untuk menjadi model peranan (role model) berimpak tinggi kepada masyarakat berlandaskan kepada Agenda APEX universiti, dengan membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan terutamanya golongan terkebawah bottom billion.”

Mengakhiri ucapannya, Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Jawatankuasa Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul 1445H yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zayd Zhari yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan sambutan kali ini.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Shukri Osman mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Naib Canselor dan tahniah kepada Dato’ Pendaftar serta kesemua penerima anugerah. Didoakan kesemua warga USM dan menara ilmu tercinta ini diberkati Allah, dicintai Rasulullah dan disayangi warga dan rakyat seluruhnya.

DSC 6761

383848418 732943085539110 7223791434766903880 n

Anugerah Tokoh Dakwah USM bagi tahun 1444H telah dianugerahkan kepada pesara Pusat Islam USM, Ustaz Haji Abdul Rahman Che Nik.

Pada majlis yang sama, Naib Canselor turut melancarkan projek wakaf Multipurpose Open Structure al-Malik yang bertujuan menaik taraf al-Malik Square masjid agar ruang tersebut dapat digunakan mengikut keperluan golongan sasaran tertentu. Cadangan perbelanjaan yang diperlukan ialah sebanyak RM2 juta.

Program turut diserikan lagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan selingan persembahan khas oleh Johan Qariah Tilawah Al-Quran Tahun 2019 Peringkat Antarabangsa, Ustazah Farhatul Fairuzah Panut.

SALAM MAULIDUR RASUL 1445 HIJRAH.

DSC 6936 DSC 6948 

DSC 6973 DSC 6956

Teks: Nurhidayah Shahbuddin & Tan Ewe Hoe / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman