Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

BE RESILIENT TO OVERCOME FUTURE CHALLENGES! – PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN USM

DSC 8064

NIBONG TEBAL, 10 Oktober 2023 – Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin hari ini menyeru agar pelajar Kampus Kejuruteraan untuk menjadi lebih ‘resilient’ dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Azlina berkata demikian ketika menyampaikan amanat sulung beliau di hadapan 690 orang pelajar baharu Kampus Kejuruteraan sempena Minggu Siswa Lestari siding 2023/2024 di Dewan Utama hari ini, sejak mula memegang jawatan Pengarah Kampus pada 1 Ogos yang lalu.

“Kecemerlangan akademik sahaja tidak akan signifikan tanpa nilai insaniah (Soft Skills) yang seiring dalam diri masing-masing.

DSC 8112

DSC 8012

“Kita mahu anda menjadi seorang jurutera yang bukan sahaja peka malah juga beretika.

“Jurutera yang dilahirkan USM perlu sentiasa bersedia untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik serta seiring dari segi kualiti, keberkesanan dan kecekapan secara bersama dan bukan secara individu,” ujar Azlina.

“Selain daripada itu, pProses menuntut ilmu itu juga bersifat menyeluruh dan pelajar perlu meneroka bebas sisi lain kehidupan demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan pemimpin masyarakat di masa hadapan,” kata beliau.

“Sertai persatuan-persatuan yang ada, latih kemahiran anda dalam memimpin serta berkomunikasi sambil membina hubungan baik dengan kakitangan dan pelajar-pelajar lain tanpa mengabaikan pelajaran masing-masing,” tambah Azlina.

DSC 8117

DSC 8142

Dalam pada itu, Azlina turut menyatakan bahawa Kampus Kejuruteraan memainkan peranan penting dalam memastikan setiap program memenuhi Programme outcomes seperti saranan OBE untuk melahirkan jurutera yang benar-benar mahir serta bertanggungjawab.

“Pelajar bukan sahaja perlu tahu apa yang telah pelajari, tetapi boleh melakukan serta mencapainya, sesuai dengan apa yang telah dipelajari sebaik sahaja tamat pengajian nanti,” tambah beliau lagi.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman