Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

HADIR PERASMIAN USM@KL, PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN INTAI POTENSI KETERLIBATAN PELAJAR KEJURUTERAAN

WhatsApp Image 2023 10 09 at 12.48.06 PM

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2023 – Hadir sama dalam perasmian USM@KL oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti hari ini, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin intai keterlibatan pelajar kejuruteraan dalam penawaran programnya.

“Kita sedang meneliti peluang serta potensi yang ditawarkan di USM@KL ini.

“Jika ada keperluan penawaran, khususnya dalam bidang kejuruteraan, kita bersedia untuk meletakkan pelajar kita di sini, apatah lagi dengan kemudahan-kemudahan kondusif yang telah disediakan” kata Profesor Datin Dr. Azlina.

387746616 741895111310574 92523333646862330 n

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin menyatakan bahawa perasmian USM@KL hari ini merupakan satu langkah universiti dalam memaksimumkan fungsinya sebagai sebuah institusi pendikan.

“Apatah lagi dengan keistimewaan USM yang sering menjadi pilihan serta tarikan pelajar-pelajar antarabangsa seperti Turkiye serta Lubnan dalam menyambung pengajian,” kata beliau.

“Selain daripada itu, lokasi baharu USM@Kl yang strategik juga akan menjadi nilai tambah dalam proses pemilihan pelajar untuk menyambung pengajian di sini kelak,” tambah Dato’ Seri Awang Adek.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, keberadaan USM di Kuala Lumpur telah bermula pada 2010 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan telah diletakkan di bawah Institut Pengajian Siswazah dan dinamakan sebagai IPS USM@KL.

“Pada tahun 2018, pusat ini dijenamakan semula sebagai Sains@KL dan hari ini ianya dilengkap dengan makmal komputer, ruang kelas berkapasiti sehingga 100 orang, RFID Self-Check Library System, bilik kaunseling, Bilik EEG (Electroencephalogram), Sistem Telesidang Video, Internet berkelajuan tinggi and lain-lain.

“USM@KL menawarkan tujuh (7) program Sarjana dan Doktor Falsafah yang melibatkan empat (4) Pusat Tanggungjawab (PTJ), termasuk tiga program joint-degree antara USM dan Universiti Pendidikan Sultan Idris merangkumi bidang Komunikasi Pemasaran, Pembangunan Lestari, Neurosains Kognitif, Psikologi Klinikal dan Matematik Pengajaran,” kata Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman.