Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

57 PELAJAR KATEGORI A-TEAM TERIMA BANTUAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H PERINGKAT KAMPUS KEJURUTERAAN

 DSC 9834

NIBONG TEBAL, 18 Oktober 2023 – Seramai 46 orang pelajar lama dan 11 orang pelajar baharu terima bantuan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

57 orang pelajar terlibat berada di bawah kategor A-TEAM, satu skim asnaf yang dikhususkan kepada mereka dengan pendapatan keluarga RM500 ke bawah dan juga asnaf dalam kategori fakir miskin.

DSC 9861 DSC 9870 

DSC 9875 DSC 9902

Hadir mewakili Pengarah Kampus Kejuruteraan, Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Kampus Kejuruteraan, Profesor Ir. Dr. Zainal Ahmad dalam ucapan secara santainya menasihati pelajar agar memanfaatkan peluang sebagai pelajar USM.

“Tunjukkan jati diri kita sebagai mahasiwa/i university APEX dan kekalkan kecemerlangan sehingga bergraduasi nanti khususnya dalam pelajaran,” kata beliau.

Jumlah serahan sumbangan A-TEAM telah disampaikan oleh Pusat Islam pada majlis ini adalah sebanyak RM24 ribu yang merupakan barangan keperluan asas pelajar seperti bantal, baldi, sepasang selipar, cadar, penyangkut baju, penyepit baju dan tuala.