Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

ASM-USM BERKOLABORASI ANJUR STEM YOUTH PROGRAM 2023 DEMI MEMUPUK MINAT PELAJAR

 DSC 0321

NIBONG TEBAL, 23 Oktober 2023 – Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya berkolaborasi dalam mengadakan ‘STEM Youth Program 2023 @ USM – ASM Northern Chapter’.

Mewakili Naib Canselor, Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan USM, Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan berkata, program ini diadakan untuk membantu memupuk minat pelajar dari sekolah sekitar dalam mata pelajaran berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

DSC 0175

DSC 0115 DSC 0120

“Mereka ini merupakan pakar serta pemimpin negara di masa hadapan,”

“Adalah penting untuk memastikan pelajar-pelajar ini didedahkan dengan STEM terutamanya melalui pengalaman berlandaskan kepada aktiviti hands-on yang dilaksanakan sepanjang penganjuran program,” kata Srimala.

Normala turut berharap agar program serta kolaborasi seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dan sangat berterima kasih di atas komitmen serta sumbangan semua pihak dalam menjayakan program ini.

 DSC 0127 DSC 0123

DSC 0282 DSC 0293 

DSC 0303 DSC 0313

Program STEM Youth Program 2023 merupakan sebuah platfrom untuk pelajar meneroka pengetahuan dan mengembangkan kemahiran penyelidikan dan inovasi mereka sambil meningkatkan kecenderungan masing-masing dalam bidang STEM.

Dengan penyertaan keseluruhan seramai 140 orang pelajar, khususnya pelajar Tahun 6 dari 22 buah sekolah sekitar negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah, program ini juga bertujuan untuk melestarikan hubungan kerjasama ASM, USM, industri dan komuniti.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti pengaturacaraan dron, Roket Air, Robotik AI dan CodeMaven 3.0 Kids2Code iaitu satu aktiviti reka bentuk permainan menggunakan Scratch.

Teks: Siti faizah Abdul Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman