Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

22 WARGA PERPUSTAKAAN KAMPUS KEJURUTERAAN TERIMA ANUGERAH SEMPENA MAJLIS ANUGERAH APRESIASI STAF TAHUN 2022

 DSC 0648

NIBONG TEBAL, 26 Oktober 2023 – Seramai 22 orang kakitangan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima anugerah bersempena dengan Majlis Anugerah Apresiasi Staf bagi tahun 2022 yang diadakan di Ruang Pembelajaran Kolaboratifnya hari ini.

Pengarah Kampus, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin ketika hadir dalam majlis ini menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada semua penerima dan percaya ianya adalah berlandaskan kepada prestasi kerja cemerlang masing-masing pada tahun sebelumnya.

Beliau turut berharap agar semua pihak di perpustakaan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, selari dengan visi dan misi universiti sambil memantapkan roh APEX seperti yang disarankan oleh Naib Canselor.

DSC 0639

DSC 0620

“Selain daripada itu, saya juga berharap agar momentum cemerlang Perpustakaan dikekalkan supaya ianya dapat dijadikan contoh kepada pusat tanggungjawab lain di Kampus Kejuruteraan ini,” kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pustakawan Kejuruteraan, Puan Radia Banu Jan Mohamad berkata, penjawat awam perlu meningkatkan aktiviti jabatan demi menambah nilai kompetensi pembangunan bakat masing-masing.

“Selain daripada itu, jadikan pengiktirafan ini sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan di masa akan datang.

DSC 0657 DSC 0667 

DSC 0682 DSC 0702 

DSC 0853

“Ia juga diharap dapat dijadikan satu bentuk motivasi serta inspirasi kepada rakan sekerja juga untuk menambahbaik perkhidmatan masing-masing untuk sama-sama cemerlang dalam menjalankan tugas di perpustakaan ini,”.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Pendaftar, Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan iaitu Encik Mior Zulbahri M. Chek dan mantan Penolong Ketua Pustakawan Kampus Kejuruteraan, Puan Haslina Ahmad Rupiad.

Puan Haslina Ahmad Rupiad hadir bersempena dengan majlis ‘Jasamu Dikenang’ bagi menghargai sumbang bakti beliau selaku Penolong Ketua Pustakawan di Kampus Kejuruteraan USM. Beliau telah bersara sejak 23 Oktober 2023 yang lalu.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman