Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PENGARAH KAMPUS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA

DSC 0916 copy

NIBONG TEBAL, 27 Oktober 2023 – Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Kunjungan hormat tersebut berlangsung usai Jualan Agro Madani sempena Program Seminar Statistik Pertanian yang diadakan di Dewan Utama Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia pada hari ini.

Kunjungan Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin turut disertai pegawai-pegawai kanan Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia Pulau Pinang.

DSC 0957