Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

29 JURULATIH TERIMA PELANTIKAN PADA SESI PENYERAHAN PELAJAR KOKURIKULUM BERKREDIT

 DSC 0963

NIBONG TEBAL, 30 Oktober 2023 – Seramai 29 jurulatih menerima pelantikan sebagai instruktur dan tenaga pengajar sempena Sesi Penyerahan Pelajar Kokurikulum Berkredit, Semester 2, Sidang Akademik 2023/2024 Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Pelantikan tersebut diserahkan kepada 29 orang jurulatih terlibat oleh Timbalan Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum, Kampus Kejuruteraan iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor.

Berucap di hadapan 714 orang pelajar terlibat, Pengerusi Rancangan Sukan & Kebudayaan/Pensyarah Universiti (Kampus Kejuruteraan) Dr. Azam Taufik Mohd Din berkata, kursus kokurikulum ini merupakan salah satu syarat pengijazahan di universiti.

Menurut beliau, walaupun hanya berlandaskan kepada satu atau dua jam kredit sahaja, ianya masih memerlukan komitmen tinggi daripada semua pelajar yang telah mendaftar, terutamanya dari sudut kehadiran ke kelas.

DSC 0963  DSC 1027

DSC 1057 DSC 1062

DSC 1085 DSC 1134

“Ketidakhadiran boleh menjejaskan keputusan pelajar di akhir semester kelak,” kata Azam.

Sehubungan itu, Azam menggesa agar setiap pelajar dapat memberikan kerjasama terbaik dalam mengekalkan corak keputusan berteraskan kepada kursus kokurikulum saban tahun yang sentiasa menunjukkan keputusan cemerlang pelajarnya.

Antara kursus kokurikulum yang ditawarkan di Kampus Kejuruteraan USM adalah seperti Bola Jaring, Tenis, Gitar, Fotografi, Pengucapan Awam, Pengurusan Acara, Batminton, Catan dan Kelestarian.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman