Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TAHUN KE-10 BERKOLABORASI, USM DAN OTH REGENSBURG TANDATANGAN MOU KETIGA

DSC 2257

KULIM, 14 November 2023 - KULIM, 14 November 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan OTH Regensburg (Technical University of Applied Sciences) hari ini telah meraikan satu dekad perkongsian dan kerjasama melalui penandatangan Memorandum Perjanjian (MoA) ke-3 antara mereka.

Menurut Naib Presiden Kanan yang juga Pengarah Urusan Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd., Encik Ng Kok Tiong, syarikat tersebut sentiasa menyokong secara menyeluruh usaha yang akan memberi manfaat, bukan sahaja kepada industri semikonduktur tetapi juga bakat negara di masa hadapan.

DSC 2086

DSC 2069

“Khususnya melalui program-program yang dilaksanakan seperti program pertukaran pelajar antara kedua institusi ini.”

“Kerjasama ini bukan sahaja akan memenuhi keperluan di dalam industri itu sendiri, malah ia juga akan mewujudkan peluang melahirkan pelajar yang berbakat serta bersifat holistik berdasarkan kepada keperluan pasaran,” kata beliau.

“Saya berharap agar kolaborasi ini akan dapat diteruskan dari masa ke masa demi membuka peluang untuk ianya berkembang dan kelak membawa manfaat kepada seluruh dunia,” tambah Ng.

Hadir mewakili Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM), Dekannya, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha berkata, pusat pengajian melalui Profesor Ir. Dr. Cheong Kuan Yew telah memafaatkan kerjasama penyelidikan bersama dengan OTH Regensburg sejak ianya bermula pada tahun 2013.

DSC 2232

DSC 2052

“Sepanjang tempoh ini, kami telah berjaya menghasilkan penerbitan secara bersama berdasarkan kepada hasil penyelidikan, mobiliti pelajar dan juga kakitangan.

“MoU ini diharap dapat menjadi landasan penerus kepada kerjasama di antara kedua belah pihak dan menyumbang kepada pembangunan bidang elektronik dan semikonduktor, khususnya di universiti kita,” kata Mariatti.

Perjanjian pertama USM- OTH Regensburg, telah ditandatangani pada 17 September 2013, yang membolehkan kedua-dua universiti, bukan sahaja penjalankan program pertukaran pelajar, ahli akademik dan kakitangan, malah dari segi bahan, penerbitan serta maklumat ilmiah juga.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman