Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TAMAT PENGAJIAN, 656 GRADUAN KEJUTERAAN DISERU MENGAPLIKASIKAN ILMU PENGETAHUAN DALAM CABARAN SEBENAR DUNIA PEKERJAAN

DSC 5115

PULAU PINANG, 25 November 2023 – Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) sidang 9 yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra hari ini menyaksikan sejumlah 656 orang graduan dalam pelbagai bidang pengajian kejuruteraan tamat pengajian.

Ditemui sejurus sidang konvokesyen tersebut, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin berkata, USM telah memperjuangkan kualiti pendidikan terbaik kepada para graduan sebagai satu platform terbaik sebelum mereka melangkah ke dunia pekerjaan sebenar.

“Graduan kelahiran USM telah diberikan akses inovatif menyeluruh dan turut dibekalkan dengan kecekapan dan pengetahuan yang diperlukan dalam menghadapi menghadapi cabaran sebagai seorang profesional,” kata beliau.

DSC 5115 DSC 5310 

DSC 5356 DSC 5196 

DSC 5170 DSC 5464 

“Proses mencari pekerjaan mungkin datang bersama-sama cabaran, tetapi dengan dedikasi dan keazaman yang ditunjukkan sepanjang pengajian, kami di USM yakin para graduan akan menemui kejayaan untuk bekerja dalam bidang kepakaran masing-masing,”

“Semoga setiap pendedahan ilmu yang diberikan sepanjang tempoh pengajian anda sebelum ini akan memberi asas kukuh untuk kalian menangani cabaran di alam pekerjaan sambil turut memperkemaskan kemahiran baharu berlandaskan kepada pengalaman kerja anda kelak,” kata Azlina.

“Manfaatkan sepenuhnya pengetahuan dan kecekapan yang ada sambil mengaplikasikan setiap ilmu yang diperoleh dalam berdepan dengan setiap cabaran yang datang khususnya,” tambah beliau.

DSC 5156 DSC 5610

DSC 5842 DSC 5801

DSC 5706 DSC 6058 

Mewakili seluruh warga kampus Kejuruteraan, Azlina turut menyampaikan ucapan tahniah dan sokongan beliau kepada graduan atas pencapaian cemerlang dalam menamatkan pengajian di universiti.

“Hari ini, dengan langkah sebagai seorang alumni yang membawa bersama nama USM, anda bukan sahaja berbekalkan kepada pengetahuan yang ada tetapi turut membawa bersama semangat baharu dalam merebut peluang membina nama sebagai tokoh masyarakat dan negara di masa hadapan," tambahnya.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman