Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

POTENSI KOLABORASI DUA HALA ANTARA USM DAN USU MELALUI KUNJUNGAN HORMAT FAKULTAS TEKNIK KE KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 7220

NIBONG TEBAL, 4 Disember 2023 – Kunjungan hormat Fakultas Teknik Universitas Sumatera Utara (USU) ke Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) hari ini teroka potensi kolaborasi antara dua buah institusi.

Dalam pertemuan tersebut, Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin, menyatakan kesediaan untuk meluaskan lagi kerjasama di pelbagai peringkat serta pusat pengajian lain di kampus ini kelak.

“Kerjasama USU dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam sudah lama terjalin dan berlangsung dengan baik.

“Oleh yang demikian, kita bersedia untuk melanjutkan komitmen ini sebagai langkah untuk mengupayakan dan mendorong kolaborasi bersama demi manfaat kedua-dua pihak dalam jangka masa panjang,” tambah beliau.

DSC 7215

DSC 7218

Dalam pada itu, Wakil Dekan 1 Fakultas Teknik USU, Profesor Dr. Ir. Renita Manurung berkata, pihak USU berminat untuk meneroka potensi kerjasama dengan Kampus Kejuruteraan USM khususnya dalam program pertukaran pelajar dan program dwi ijazah.

“Selain daripada itu, kami juga berhasrat untuk menjalankan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan kepakaran sesama kakitangan antara kedua buah institusi ini,” kata Renita.

“Semoga kerjasama ini akan mempertingkatkan lagi pengalaman USM-USM berlandaskan kepada bidang pendidikan sambil mempromosikan pertukaran budaya antara Malaysia dan Indonesia juga,” tambah beliau.

Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut adalah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik USM, Profesor Madya Dr. Jamaluddin Abdullah, Ketua Program Studi Teknik Industri USU, Dr. Ir. Aulia Ishak dan Pensyarah Program Studi S-2 Teknik Kimia USU, Profesor Dr. Ir. Hamidah Harahap.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman