Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PROGRAM BUDAYA BERINTEGRITI DAN ANTIRASUAH, INISIATIF PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM KEJURUTERAAN DEKATI KOMUNITI DI PULAU LANGKAWI

WhatsApp Image 2023 12 14 at 3.19.40 PM

LANGKAWI, 14 Disember – Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) mendekati komuniti Pulau Langkawi, Kedah melalui inisiatif program Budaya Berintegriti dan Antirasuah di sini hari ini.

Seiring dengan keperluan dan kepentingan membina nilai-nilai murni dan berintegriti seiring dengan keperluan memerangi amalan rasuah, program ini adalah usaha PRK Kejuruteraan dalam melahirkan generasi berintegriti tinggi demi Malaysia yang maju, produktif dan bersih dari segi imejnya.

Menurut Timbalan Pengarah PRK Kejuruteraan, Profesor Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor, program ini telah mencapai objektifnya melalui pendedahan serta kesedaran yang diberikan kepada pelajar di sekolah terpilih, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra.

WhatsApp Image 2023 12 14 at 3.19.40 PM

WhatsApp Image 2023 12 14 at 3.19.45 PM 1

“Pelajar-pelajar yang kita dekati hari ini adalah generasi peneraju negara pada masa akan datang.

“Dengan perkongsian yang diberikan, kita berharap agar semua peserta dapat memahami konteks nilai-nilai murni serta integriti dalam kehidupan masing-masing dan sedar akan keperluan penting untuk memerangi amalan rasuah ini sendiri,” kata beliau.

“Lebih membanggakan lagi apabila pasukan kita telah menerima respon yang amat positif, bukan sahaja dalam kalangan peserta tetapi guru terlibat juga.

WhatsApp Image 2023 12 14 at 3.19.43 PM WhatsApp Image 2023 12 14 at 3.19.44 PM

“Semoga program ini dapat meninggalkan impak yang tinggi kepada 65 orang pelajar tingkatan enam atas terlibat yang seterusnya akan menjadi nilai tambah dalam memperkasakan generasi muda kita pada hari esok,” tambah Salman.

Selain PRK, program kerjasama dengan kursus Integriti & Antirasuah (WAR122) dan kursus Pengurusan Acara (WSC 127) Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia turut mendapat perhatian daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan USM