Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PROGRAM GALA BAHASA, SIMBOLIK 50 TAHUN PENUBUHAN PPBLT DI USM

 copie 0 DSC 0825

NIBONG TEBAL, 1 Januari 2024 - Program Gala Bahasa yang diadakan di Kampus Kejuruteraan 19 Disember 2023 lalu merupakan simbolik sambutan 50 tahun Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) Universiti Sains Malaysia (USM).

Dirasmikan oleh Dekan PPBLT, Profesor Dr. Salasiah Che Lah, program ini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf dan pelajar sambil mereka meraikan kepelbagaian bahasa serta budaya masing-masing.

Pengarah program, merangkap Pengerusi Rancangan PPBLT Kampus Kejuruteraan USM, Puan Aida Shuhaida Mustafa berkata, antara program dijalankan, adalah sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Norzita Nanyan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Alumni Kejuruteraan (BHEPA).

 copie 0 DSC 0857  copie 0 DSC 0831 

 copie 0 DSC 0817  copie 0 DSC 0809

“Dua aktiviti motivasi berasaskan ujian psikologi iaitu bertemakan art design telah dijalankan selama dua jam telah menarik minat semua staf dan pelajar di mana penggunaan krayon yang berwarna-warni untuk menggambarkan emosi peserta dilakarkan di atas kertas putih”

“Implikasi daripada dua aktiviti tersebut, pelajar dan staf dapat dikenal pasti tahap emosi mereka dan pihak Unit Kaunseling BHEPA kelak akan mengadakan sesi pertemuan khas dengan pelajar dan staf yang mengalami masalah berkaitan emosi masing-masing,” kata Aida.

“Selain itu juga, aktiviti bahasa di setiap reruai Bahagian Bahasa Melayu, Bahagian Bahasa Inggeris dan Bahagian Bahasa Asing iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Cina turut menyelitkan pengisian ilmu berkaitan kemahiran berbahasa mengikut bahagian masing-masing seperti peribahasa Melayu, Spelling Bee, tulisan khat dan tulisan kaligrafi Cina,” tambah beliau.

 copie 0 DSC 0785  copie 0 DSC 0751

“Terima kasih kepada semua staf dan pelajar yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk menghadiri program Gala Bahasa 2023.

“Kerjasama dan keprihatinan semua pihak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program Gala Bahasa sempena Sambutan 50 Tahun Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan sangat dihargai,” kata beliau.

Malah, Aida turut berharap agar pelajar dapat mempelajari cara mengeluarkan perasaan marah, gembira sedih dan takut melalui dengan aktiviti Art Design bersama kaunselor sambil dapat mengimplimentasikan pembelajaran tersebut pada masa akan datang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan PPBLT Kampus Kejuruteraan USM