Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

JAWATANKUASA AKTIVITI RAMADAN 1445H PIMPINAN OMBUDSMAN USM, BERDEDIKASI DALAM TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN

DSC 1589

NIBONG TEBAL, 28 Februari 2024 - Jawatankuasa Aktiviti Ramadan 1445H Kampus Kejuruteraan yang dipimpin oleh Ombudsman Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor  Ir. Dr. Zainal Ahmad mempamerkan dedikasi serta komitmen penuh dalam tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

“Komitmen yang diperlihatkan oleh setiap ahli jawatankuasa ini, tidak hanya mencerminkan kesungguhan peribadi mereka, tetapi juga memberikan jaminan bahawa setiap inisiatif Pusat Islam di Kampus Kejuruteraan akan berjalan dengan lancar seiring dengan matlamat yang telah ditetapkan,”.

DSC 1382 DSC 1450

DSC 1598 DSC 1597

Berikut adalah berdasarkan ucapan Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin dalam ucapan perasmian beliau sempena majlis Pelancaran Hilal Ramadan, peringkat Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia bagi tahun 1445H/2024M di sini hari ini.

Dalam pada itu, Profesor Dr. Ir. Zainal Ahmad dalam ucapan beliau selaku Pengerusi Jawatankuada Aktiviti Ramadan 1445H menegaskan bahawa Pusat Islam akan berusaha sehabis baik untuk mengekalkan serta melaksanakan aktiviti-aktiviti tahunannya di pada bulan Ramadan yang akan tiba.

“Semoga ianya menjadi sebahagian daripada usaha kita dalam mengimarahkan program-program islamik di USM khususnya di Kampus Kejuruteraan walaupun perlu berdepan dengan cabaran dari sudut belanjawan dan sebagainya,” kata beliau.

DSC 1515 DSC 1557 

DSC 1478 DSC 1636

“Saya turut berharap agar lebih ramai lagi warga kampus akan tampil sebagai sukarelawan dan membantu Pusat Islam selepas ini,” tambah beliau.

Turut diadakan pada majlis pelancaran anjuran Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM ini adalah sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nabil Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman