Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PROGRAM BERAMBEH SISWA SEMARAKKAN SEMANGAT SISWA MADANI PELAJAR KAMPUS KEJURUTERAAN USM

WhatsApp Image 2024 03 01 at 11.40.55 AM 2

SIK, 28 Februari 2024 – Program Berambeh, sebuah program Baktisiswa yang diadakan baru-baru ini berjaya menyemarakkan semangat kesukarelawanan pelajar Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) sambil berkongsi ilmu bersama dengan komuniti setempat.

Program anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) ini dikendalikan oleh Pembimbing Pelajar Siswa Lestari (PPSL) Sidang Akademik 2023/2024 ini melibatkan penyertaan daripada seramai 43 orangg pelajar.

Selain daripada itu, program yang telah berjaya menyemarakkan semangat siswa madani bersama penduduk kampung dan mengukuhkan nyalarasa ‘Kami Memimpin’ ini turut mencipta pengalaman baharu kepada pelajar melalui aktiviti anak angkatnya.

WhatsApp Image 2024 03 01 at 11.40.52 AM 1 WhatsApp Image 2024 03 01 at 11.40.54 AM 2

WhatsApp Image 2024 03 01 at 11.40.55 AM 1 WhatsApp Image 2024 03 01 at 11.40.53 AM

WhatsApp Image 2024 03 01 at 11.40.53 AM 1 WhatsApp Image 2024 03 01 at 11.40.54 AM 1

Malah, para pelajar juga dapat menjalin kemesraan sambil berkongsi pengetahuan masing-masing terutamanya kepada pelajar sekolah rendah dan tadika dalam menyuntik semangat serta memberi motivasi kepada mereka untuk belajar.

Program lain yang diadakan sepanjang 25 hingga 28 Februari 2024 ini adalah seperti gotong royong, perlawanan badminton, berjalan sebanyak 10 ribu langkah dan jaringan kebudayaan. Pada masa yang sama para pelajar turut berkesempatan untuk belajar menoreh dan mengutip getah sekerap serta melawat kilang memprosesnya.

Teks dan foto adalah sumbangan Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar. Beliau merupakan Penolong Pendaftar Kanan di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim