Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

HAYATI ERTI SEBENAR RAMADAN BERLANDASKAN KEPADA RUKUN NILAI DAN TERAS APEX – NC

DSC 2678

NIBONG TEBAL, 26 Mac 2024 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini menyeru agar seluruh warga universiti untuk menghayati makna Ramadan berlandaskan kepada Rukun Nilai dan Teras APEX.

Berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Naib Canselor Peringkat Kampus Kejuruteraan USM hari ini, beliau berkata, dua panduan ini mampu memperkukuhkan imej USM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi.

“Selain daripada itu, ia juga akan membantu dalam membentuk warga universiti yang bukan sahaja bersifat holistik, malah bertanggungjawab dan menyumbang semula kepada masyarakat secara menyeluruh,” kata beliau.

DSC 2592 DSC 2605

DSC 2612 DSC 2661

Beliau turut menyifatkan bahawa aktiviti berbuka puasa yang dijalankan oleh Pusat Islam USM saban tahun ini sebagai satu inisiatif yang sangat relevan dengan nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Khususnya yang berkaitan sasaran SDG 1 ‘Tiada Kemiskinan’ dan SDG 2 ‘Kelaparan Sifar’ di mana aktiviti berbuka puasa yang dijalankan ini dapat menjadi wadah sokongan kepada golongan yang memerlukan di sekitar kita,” kata beliau.

“Penyediaan makanan berbuka puasa pula jelas dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan sekaligus dapat meningkatkan kesedaran tentang isu kemiskinan dan kelaparan dalam kalangan warga kampus serta masyarakat setempat,” tambah Abdul Rahman.

DSC 2650 DSC 2639 

DSC 2662 DSC 2665

Dalam pada itu, Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin pula berkata, semua pihak khususnya Jawatankuasa Aktiviti Ramadan 1445H/2024M Peringkat Kampus Kejuruteraan memainkan peranan penting dalam kejayaan penganjuran majlis kali ini.

“Apatah lagi, majlis seumpama ini amat bermakna kepada warga Kampus Kejuruteraan, kerana ianya menjadi medium untuk kita berkumpul dan berbuka puasa secara bersama yang diserikan lagi dengan kehadiran ahli Jawantankuasa pengurusan tertinggi USM,” kata Azlina.

“Ianya juga merupakan salah satu daripada tradisi di Kampus ini, di mana para petugas sukarelawan secara bergilir-gilir akan bergotong royong untuk menjayakan aktiviti iftar, bukan sahaja pada hari ini, tetapi sepanjang Bulan Ramadan dengan sasaran penerima sumbangan adalah 1000 orang,” tambah beliau.

DSC 2700 DSC 2737

DSC 2756 DSC 2826

Dalam majlis ini, Naib Canselor turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri Kepada Asnaf Pelajar, sumbangan Aidilfitri Kepada Anak Yatim dan Miskin (Anak Staf), sumbangan Keinsanan Zakat Pusat Islam Kepada Adik Thaqif Irfan (Anak Staf yang menghidapi kanser) dan sumbangan Kebajikan KKSSK Kepada Adik Thaqif Irfan, penghidap kanser yang merupakan anak staf Kampus Kejuruteraan USM.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ahli Lembaga Gabenor USM, Profesor Dato' Dr. Aldrin Bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran dan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.