Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

657 PELAJAR, 27 TPSK TERLIBAT DALAM SESI TAKLIMAT DAN PENYERAHAN PELAJAR KOKURIKULUM BERKREDIT SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2023/2024 KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 3198

NIBONG TEBAL, 15 April 2024 – Seramai 657 orang pelajar terlibat dalam Sesi Taklimat dan Penyerahan Pelajar Kokurikulum Berkredit bagi semester 2, Sidang Akademik 2023/2024 anjuran Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Sesi Penyerahan pelajar kepada 27 orang Tenaga Pengajar Sambilan Kokurikulum (TPSK) yang terlibat disampaikan oleh Timbalan Pengarah PRK Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor.

Profesor Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor yang ditemui selepas sesi tersebut berlangsung berkata, penglibatan ini diharap dapat menjadi nilai tambah kepada pelajar, selain daripada bersandarkan kepada kecemerlangan akademik masing-masing semata.

DSC 3199 DSC 3204

DSC 3220 DSC 3246

“Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum pelbagai bidang seperti sukan dan seni contohnya akan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengasah kemahiran baru, seterusnya bermanfaat kepada mereka dalam membina gaya hidup aktif serta sihat”

“Malah, terdapat juga kursus yang akan melatih mereka untuk lebih fokus dalam memberikan komitmen seperti teater, koir dan gitar kerana ianya memerlukan latihan berterusan serta kerjasama secara berkumpulan,” kata Salman.

“Nilai-nilai ini akan mendorong pelajar untuk menguruskan masa mereka dengan lebih cekap sambil memperbaiki kemahiran komunikasi masing-masing sambil bekerjasama rakan-rakan lain yang berlainan tahun serta pusat pengajian,” tambah beliau.

DSC 3268 DSC 3306 

DSC 3324 DSC 3335

Turut terlibat dalam sesi ini adalah Pengerusi Rancangan Sukan & Kebudayaan PRK Kampus Kejuruteraan USM, Dr. Azam Taufik Mohd Din yang hadir dan bertindak sebagai penyampai taklimat kepada semua pelajar.

Menurut beliau, taklimat dan sesi penyerahan ini diadakan bukan sekadar untuk memperkenalkan TPSK kepada pelajar, malah ia juga adalah platform dalam menyalurkan maklumat penting kursus kokurikulum kepada mereka juga.

“Ianya termasuk jadual kelas, kriteria penilaian dan peraturan-peraturan asas yang wajib dipatuhi pelajar sepanjang mengikuti kursus kokurikulum semester ini,” tambah Azam.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman