Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TAKLIMAT KELESTARIAN DAN PEJABAT HIJAU, MEDIUM INFORMATIF AKAN AMALAN SERTA ISU PENGURUSAN TENAGA

DSC 3653

NIBONG TEBAL, 23 April 2023 – Satu taklimat Kelestarian dan Pejabat Hijau yang diadakan di Dewan Seminar Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menjadi medium dalam menyuntik kesedaran akan amalan serta isu berkaitan pengurusan tenaga di kalangan warga kampus.

Disampaikan oleh Pengarah Projek Pejabat Hijau, Unit Kelestarian Kampus, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Dr. Normaliza Abdul Manaf, taklimat ini memberikan pendedahan informatif akan isu semasa serta strategi untuk memperkenalkan amalan-amalan berkaitan.

DSC 3650 DSC 3643

Selain daripada itu, sesi ini turut menilai kepada keperluan untuk memperkukuhkan usaha kelestarian alam di kalangan warga USM dan pentingnya pengurangan jejak karbon, penggunaan sumber tenaga yang mampan demi membudayakan amalan hijau di persekitaran pejabat masing-masing.

Taklimat ini dihadiri oleh lebih kurang 50 orang peserta, yang merupakan wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta pusat Pengajian seperti Pejabat Pengarah, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti.

DSC 3639 DSC 3656

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman