Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

16 PTJ DAN 6 PUSAT PENGAJIAN BERSATU DALAM PENGANJURAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KAMPUS KEJURUTERAAN USM 2024

DSC 5307 

NIBONG TEBAL, 30 April 2024 – 16 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan 6 Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini bersatu dalam penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampus Kejuruteraan 2024.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang mengucapkan syabas kepada seluruh warga Kampus Kejuruteraan atas kejayaan sambutan majlis ini.

DSC 5070 DSC 5089

DSC 5127 DSC 5165

“Seronok rasanya melihat majlis ini tidak hanya disemarakkan dan dihadiri oleh staf universiti, tetapi turut disertai para pelajar juga,” kata beliau.

Bagi Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin pula, majlis ini merupakan ungkapan penghargaan kepada semua warga kampus yang telah berusaha keras dan menyumbang kepada kecemerlangan universiti selama ini.

DSC 5172 DSC 5198

DSC 5207 DSC 5209

WhatsApp Image 2024 04 30 at 6.35.31 PM WhatsApp Image 2024 04 30 at 6.37.36 PM

“Pengorbanan setiap individu dalam memajukan universiti selama ini amatlah dihargai.

“Tidak kira dari kumpulan akademik, pengurusan dan profesional, pentadbiran dan sokongan, mahupun pekerja pembersihan dan penyelenggaraan, anda semua memainkan peranan penting kepada USM,” kata Azlina.

“Kepada semua yang terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampus Kejuruteraan USM 2024 kali, terima kasih di atas dedikasi dan komitmen anda yang luar biasa!” kata beliau.

DSC 5212 DSC 5214

DSC 5219 DSC 5226

DSC 5286 DSC 5273

“Secara langsung, ianya telah memberi gambaran akan semangat gotong-royong dan kebersamaan yang menjadi tunjang utama pembangunan komuniti kecil di Kampus Kejuruteraan USM selama ini,” tambah Azlina.

Dalam majlis sambutan raya tahun ini, juadah dihidangkan melalui kerjasama antara Pusat-pusat Pengajian, Pusat Tanggungjawab, dan unit-unit di Kampus Kejuruteraan yang dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan serta diberi pilihan untuk menyediakan juadah pilihan masing-masing.

DSC 5230 DSC 5228

DSC 5234 DSC 5277

DSC 5328 DSC 5343

Demi memeriahkan lagi majlis, turut diadakan adalah pertandingan stall terbaik. Ianya dimenangi oleh Kumpulan 3 yang merupakan gabungan antara Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Perpustakaan Kejuruteraan, Jabatan Bendahari dan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman