Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

BERKONSEPKAN KAMPUNG MODEN, KUMPULAN 3 RAIH JOHAN RERUAI TERBAIK MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT KAMPUS KEJURUTERAAN USM 2024

 DSC 5333

NIBONG TEBAL, 30 April 2024 – Dengan berkonsepkan Kampung Moden, Kumpulan 3 raih Johan pertandingan reruai (stall) terbaik sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) 2024 hari ini.

Dianggotai oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Perpustakaan Kejuruteraan, Jabatan Bendahari dan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan johan, Kumpulan 3 berjaya menundukkan lima Kumpulan lain yang turut sama merebut gelaran tersebut.

DSC 5286 DSC 5387

Reruai dari Kumpulan 3 ini turut memaparkan elemen keanggunan dan keaslian budaya Melayu, berhiaskan tulisan jawi dan pantun yang memperkukuhkan lagi nilai-nilai estetikanya.

Pengerusi Rancangan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Puan Aida Shuhaida Binti Mustafa ketika megulas akan konsep yang dibawakan Kumpula 3 berkata, ianya mengajak pengunjung untuk sama-sama menghargai warisan budaya dalam dunia moden hari ini.

WhatsApp Image 2024 04 30 at 10.20.41 PM WhatsApp Image 2024 04 30 at 10.20.57 PM

“Setiap perhiasan tidak hanya berfungsi sebagai dekorasi semata-mata, tetapi juga disertakan dengan penerangan yang pastinya menghidupkan semula kisah dan nilai-nilai tradisional yang terkandung dalamnya,” tambah beliau.

Panel Penilai bagi pertandingan ini adalah Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Profesor Dr. Azizah Omar selaku ketua penilai, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Profesor Madya Dr. Zulnaidi Yaacob dan Ketua Unit Pengurusan Acara dan Fasiliti Dewan Budaya, Encik Murshid Md Hussain.

Melalui pertandingan ini, setiap kumpulan dinilai oleh ahli panel berdasarkan kepada kreativiti, dekorasi, kesesuaian konsep, komunikasi, dan kebersihan masing-masing.