Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

DUA STAF KEJURUTERAAN TERIMA MANFAAT TABUNG KEBAJIKAN STAF, TIGA TERIMA TABLET KATEGORI B40 DAN M40

FB IMG 1649910135087

NIBONG TEBAL, 12 April 2022 – Dua kakitangan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima manfaat Tabung Kebajikan Staf manakala tiga yang lain terima sumbangan tablet untuk kakitangan di bawah kategori B40 dan M40 dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Pengarah hari ini.

Manfaat Tabung Kebajikan Staf USM disampaikan kepada Puan Nor Ainun Zainun dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam dan Puan Siti Mariam Mohd Zuki dari Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni yang mana masing-masing merupakan balu kepada Tuan Haji Ahmad Halmi Ghazali dan Encik Zamakhshari Mohamad Hambali yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari dan 2 Mac 2022.

FB IMG 1649910126023

FB IMG 1649910140236

Tiga penerima tablet pula terdiri daripada Puan Roziana Mat Said, Penolong Jurutera JA29 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Encik Abdul Halim Che A’at, Penolong Jurutera JA29 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik dan Puan Unifazila Azmi, Pengawal Keselamatan KP14 dari Jabatan Keselamatan.

FB IMG 1649910137338

FB IMG 1649910132579

Penyerahan manfaat Tabung Kebajikan Staf dan tablet tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan majlis turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan, Encik Mohd Jalaludin Azizan.

Teks: Sumbangan Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan USM / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman