Skip to main content

KAMPUS KEJURUTERAAN USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI UNIVERSITAS MERCU BUANA

DSC 5992

NIBONG TEBAL, 5 Mei 2025 – Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) terima kunjungan hormat delegasi Fakultas Teknik, Universitas Mercu Buana, Indonesia bagi memperkukuh jalinan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.

Delegasi yang hadir disambut oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha.

Sepanjang lawatan, kedua-dua pihak mengadakan sesi perbincangan untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama akademik, khususnya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik dan Awam.

DSC 5982 DSC 5971

DSC 5996 DSC 6009

Sebagai sebahagian daripada atur cara, para delegasi turut dibawa melawat beberapa pusat pengajian di kampus ini termasuk Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

Lawatan ini melibatkan seramai 23 peserta dari Universitas Mercu Buana yang terdiri daripada pelajar dan staf akademik dalam tiga bidang kejuruteraan berkenaan, termasuk Dekan Fakultas Teknik, Dr. Zulfa Fitri Ikatrinasari.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman