Skip to main content

PERPUSTAKAAN MUSA MOHAMAD USM DIPILIH SEBAGAI LOKASI KHAS KEM DA’I PENA MUDA KPM 2025

DSC 8024

NIBONG TEBAL, 25 Mei 2025 – Perpustakaan Musa Mohamad, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), dipilih menjadi lokasi khas bagi salah satu slot utama penganjuran Kem Da’i Pena Muda Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Pemilihan ini dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang selaku pengelola program, sekali gus mencerminkan pengiktirafan terhadap komitmen USM dalam menyokong pembangunan bakat muda dalam bidang penulisan dakwah dan kreativiti pelajar sekolah.

DSC 7984 DSC 8033

Program peringkat kebangsaan ini berlangsung dari 23 hingga 26 Mei 2025 dan bertempat di SMKA Syeikh Abdullah Fahim (SMKASAF), Kepala Batas.

Seramai 170 orang peserta dari seluruh negara menyertai kem ini, disokong oleh 7 jurulatih, 29 fasilitator, 32 penolong fasilitator serta 18 pegawai JPN Pulau Pinang yang turut hadir ke Kampus Kejuruteraan USM bagi slot pada hari ini.

DSC 8068DSC 8038 

Kem Da’i Pena Muda bertujuan mencungkil bakat baru dalam bidang penulisan kreatif, khususnya cerpen yang berteraskan dakwah, selaras dengan aspirasi KPM dalam melahirkan pelajar berdaya saing, berfikiran kritis dan mempunyai sahsiah yang tinggi.

Turut memeriahkan sesi di Kampus Kejuruteraan ialah ceramah khas yang disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Azmier Ahmad, Penyelaras Kampus Kejuruteraan USM dan Ketua Kluster Kemajuan Penyelidikan: Kejuruteraan, Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO).

DSC 8198 DSC 8298

DSC 8311 DSC 8316

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKASAF, berkongsi pandangan tentang kepentingan ilmu, dalam mentransformasikan pelajar ke arah kecemerlangan.

Selain sesi ceramah, para pegawai JPN yang hadir turut dibawa melawat ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM bagi memberi pendedahan lanjut berkaitan bidang kejuruteraan dan teknologi kepada peserta dan tenaga penggerak program.

DSC 8147 DSC 8166

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Farid Hamidi Wahab