Skip to main content

PROGRAM KONGSI REZEKI ERAT UKHUWAH WARGA KAMPUS KEJURUTERAAN USM

dasbdkqhdoqhdoiqbldq

NIBONG TEBAL, 13 Jun 2025 – Semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga kampus terus diperkasa menerusi penganjuran Program Kongsi Rezeki Bersama: Sentuhan Ukhuwah Pusat Islam yang berlangsung meriah di Kafe Lembaran, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Program hasil kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) itu berjaya menarik penyertaan aktif mahasiswa dalam aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk sebagai pembukaan.

bb54c2d6 22be 4003 a695 8f1a4ddd9b5d 8ac29db0 a108 4c7b a9f5 2cdc463e98e8

Acara diteruskan dengan sesi pembungkusan dan pengagihan bubur lambuk kepada komuniti kampus pada sebelah petang, sebagai simbolik perkongsian rezeki dan usaha memperkukuh nilai ukhuwah sesama warga USM.

Timbalan Pengarah Program, Harraz Hazreeq Mohd Hairil Nizam berkata, penganjuran aktiviti seumpama ini bukan sahaja menyuburkan nilai murni dalam diri mahasiswa, malah menjadi medium untuk mempererat hubungan antara pelbagai pihak di kampus.

Sementara itu, wakil MPP Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Muhammad Nuraiman Mohd Yusrino, menyifatkan program tersebut sebagai bukti bagaimana satu inisiatif sederhana mampu memberi impak besar kepada pembentukan komuniti kampus yang prihatin dan harmoni.

363e94c2 99fc 421c 822d 46dc1a53cacf 363e94c2 99fc 421c 822d 46dc1a53cacf

“Program ini merupakan contoh terbaik bagaimana satu inisiatif kecil dapat mencetus impak besar dalam membina komuniti kampus yang saling menyokong,” katanya.

Menurut beliau, program ini turut dilihat selari dengan aspirasi universiti dalam membentuk sahsiah holistik mahasiswa melalui pendekatan berteraskan nilai, kesukarelawanan dan kepimpinan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Ir. Dr. Fadzli Mohamed Nazri yang hadir mewakili Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, Ustaz Nukman Ahmad Zakir serta wakil Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPA), Puan Norzita Nanyan.

Teks dan Foto: Ihsan Azreen Balqish Mohd Ghazali (Pengarah Program Kongsi Rezeki Bersama: Sentuhan Ukhuwah Pusat Islam)