CERAMAH DAN DEMONSTRASI SENAMAN PERKASA GAYA HIDUP SIHAT WARGA KAMPUS KEJURUTERAAN USM
NIBONG TEBAL, 3 Julai – Lebih 60 orang peserta dalam kalangan warga Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyertai ceramah dan demonstrasi senaman bertajuk "Senaman untuk Sihat" yang diadakan di Dewan Seminar Kampus Kejuruteraan.
Sesi interaktif tersebut disampaikan oleh Encik Norhiman Ahmad, Penolong Pegawai Sains dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia.
Melalui penerangan ringkas dan demonstrasi langsung, peserta didedahkan kepada teknik regangan dan senaman ringan yang boleh diamalkan dalam rutin harian.
Ceramah dan demo ini merupakan salah satu pengisian bersempena Program Santai Sihat @ Kejuruteraan 2025, anjuran Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan.
Terdahulu, pada 1 Julai 2025, satu sesi ceramah kesihatan secara dalam talian bertajuk "Healthy Eating: From Fat to Fit” yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Hakim Zakaria, Pegawai Dietetik Kanan dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM.
Ceramah secara dalam talian ini berjaya menarik minat lebih kurang 180 orang peserta.
Kedua-dua sesi ini diadakan bagi menyokong matlamat program Santai Sihat untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti kampus.
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman